Semalam (Rabu, 10.02.10) Irfan sibuk cerita pasal aktiviti permainan bolasepak dalam kokurikulum mingguan dia. Kalau minggu lepas dia dengan Pengakapnya kali ini dengan sukan.
Hari Selasanya pada sebelah malam dia dah sibuk mintak kebenaran bawak kasut boot bola dia dan akhirnya aku benarkan. Tapi bila tiba masanya dia terlupa nak bawak. Bila balik dari sekolah petang tu, alamak! Warna kasut sekolah dia dah macam kasut orang kerja dalam selut. Memang patutpun, bayangkanlah budak main bola, pakai kasut sekolah dalam musim hujan. Tak ada warna putih sikitpun yang aku nampak. Terus aku teringat pasal iklan sabun. Kalau betul iklan-iklan pasal sabun kat TV tu yang boleh rendam aje pakaian kotor, esok pagi dah putih melepak semula kan best. Masa kecik2 dulu (masa tu tengok TV kat rumah orang - TV hitam putih) aku memang fikir apa yang ditunjukkan oleh iklan2 tu betul2lah betul. Salah satu iklan yang aku ingat ialah bila direndam baju-baju kotor, terus ada makhluk2 halus yang menggigit dan memakan kotoran tu. Habis semua kotoran tu dimakannya sampai putih melepak baju yang kotor tu.
Sambung cerita Irfan, malam tu masa buat homework dia seperti biasa sibuklah bercerita tentang bola. Pasukan dia kalah 0-1, tapi dia tetap berpuas hati. Dan satu lagi dia suka cara cikgu Saipullah - kelakar katanya.
No comments:
Post a Comment