Friday, August 14, 2009

Kerja Bertindan

Dahulu, Kini dan mungkin Selamanya kerja-kerja di peringkat sekolah kerap bertindan-tindih. Hasilnya ialah beban guru semakin bertambah dalam suasana penuh berteknologi. Hal ini sudah lama diperkatakan dan dibincangkan namun pi mai pi mai tang tu jugak....
Dalam Program Akademik Terbilang Selangor (PATS), mulai tahun ini semua sekolah diarahkan menggunakan aplikasi komputer PATS Headcount untuk kerja-kerja kemasukan, memproses dan menganalisis markah dan keputusan peperiksaan (PKSR) dari tahun 1 hingga tahun 6. Maka sekolah yang sudahpun mempunyai aplikasi peperiksaan masing-masing perlu meninggalkannya dan beralih kepada sistem yang baru. Sekolah ada komputer pelayan, berpuluh-puluh komputer serta dilengkapi dengan rangkaian (LAN) namun pembinaan perisian tidak memanfaatkan semua ini. Akhirnya jadilah ia satu kelucuan apabila guru perlu mengisi data dalam persekitaran stand alone akibat daripada sistem yang dibekalkan tidak benar-benar applicable sebagai perisian bersuasana rangkaian.
Maka perisian PATS dipasang di enam buah komputer dan setiap satunya dilabelkan dengan Tahun 1, Tahun 2 .... Tahun 6. Guru yang nak isi markah kena tunggu giliran komputer Tahun kelasnya tidak digunakan. Misalnya jika terdapat 5 buah kelas dalam Tahun 1 maka semasa guru kelas 1A sedang menggunakan komputer yang dipasang dengan aplikasi Tahun 1, maka kelas 1B, 1C, 1D dan 1E kena tunggu. Bila guru Kelas A dah habis berebutlah pulak 4 guru yang lain. Kalau ada masa free masa tu OK juga. Tapi kalau ada kelas....pandai-pandailah. Begitulah seterusnya. Tapi kalau perisian itu dibina khusus applicable untuk mode rangkaian, maka semua guru boleh mengisi markah serentak. Bila dah habis isi markah untuk semua kelas sesuatu Tahun, maka setiausaha akan proses. Lepas tu semua data dari 6 komputer yang berlainan tadi kena dicantumkan. Maka berlakulah proses eksport dan import. Yang bestnya proses eksport kena ke disket (hmmmm...ada lagi ke disket di zaman ni)
Namun tiba-tiba baru-baru ni datang pula satu lagi aplikasi Percubaan UPSR dari Lembaga Peperiksaan Malaysia. Maka guru perlu memasukkan markah yang sama ke dalam dua sistem yang berbeza - PATS dan Percubaan UPSR. Hmmm.... sabor ajelah.

2 comments:

HBM Consultant said...

Salam.
Seringkali sistem dan aplikasi komputer dibina bagi membantu memudahkan urusan kehidupan kita. Seringkali juga manusia sengaja mencari bala dengan menjadikan sistem dan aplikasi itu sesuatu yang menyusahkan pula. Kasihan cikgu yang menjadi mangsa.

mendewa said...

Saya tidak kisah sangat dengan sistem yang pelbagai itu...yang saya meluat adalah dengan sesetengah pentadbir yang sengaja mahu menyusahkan tugas2 guru.