Sepanjang hari ini aku mempunyai jadual yang padat. Pagi-pagi lagi aku hantar orang rumah aku ke pejabat dia di Putrajaya. Langsung lepas tu aku ke Bahagian Pinjaman Perumahan di Presint 2. Habis urusan kat situ aku terus ke Celcom Kajang untuk menggantikan kad SIM telefon mak aku yang hilang sewaktu rumah dia disamun. Dari situ aku langsung ke KL berurusan dengan bank. Dua perkara yang aku dapat selesaikan kat sini tapi yang tak bestya ialah masa aku mencari-cari tempat letak kereta untuk berurusan di situ, tepi kereta aku tersagat kat tiang....habis calar.
Lepas tu aku balik ke Puchong untuk dapatkan penyata pembayaran pinjaman perumahan aku dengan sebuah bank yang lain. Masa dalam perjalanan ke situ dari Jalan Raja Chulan aku ikut Jalan Hang Tuah. Maka aku lalulah di hadapan masjid Al Bukhary. Aku tengok kubah masjid tu macam dah terkopek lapisan luarnya dan kelihatan sama ialah seolah-olah ada kerja pembaikian sedang dijalankan ke atas bangunan nasjid tu. Kalau tak silap aku masjid tu baru aje disiapkan.
Kat Puchong tu aku parking kereta kat depan sebuah bangunan yang baru siap tapi belum beroperasi. Pada masa ini di kawasan Puchong memang terdapat banyak bangunan komersil yang baru disiapkan seperti 1Puchong. Yang menghairankan ialah rata-rata di kebanyakan banguna yang baru disiapkan tu terpampang iklan-iklan untuk menjual semula ruang kedai yang sudah dibeli. Aku tak dapat nak tafsir...
Lepas aku mendapatkan penyata pembayaran tu, aku terus ke Tesco untuk membuat pos ekspres kad SIM mak aku. Habis berurusan aku balik rumah kejap sebelum meneruskan urusan.
Masa kat rumah tu sempat juga aku tengok ulangan MU membelasah Wigan 5-0 sekejap. Dah habis tengok aku dengan Irfan ke bank di Jalan Kelang Lama. Lepas tu beli tangguk dan balik ke rumah untuk ambil Nor dan Syam. Kita orang ke Putrajaya menjemput orang rumah aku untuk ke Shah Alam berbuka puasa di rumah mertua. Singgah di pasar Ramadhan Seksyen 20 untuk membeli juadah berbuka dan bersahur.
Kita orang berbuka 8 orang dengan pelbagai juadah - ada yang dimasak oleh mertua dan ada yang ditunjuk2 kat pasar Ramadhan tadi. Syam sempat habiskan latihan matematik dia sementara menanti waktu buka.
Lepas tu kita orang hantar Nor balik ke kedai. Sempat juga kita orang ngeteh dulu kat Restoran Sri Fairus. Lepas kerja-kerja pemeriksaan kedai dibuat, Nor dan kawannya berjalan balik ke rumahnya. Masa tu aku ternampak macam mana 2 orang bermotorsikal mencuba meragut handphone Nor.
1 comment:
Min,
Bulan pose pun sibuk juga ko ye. Selamat berpose dan berbuka untuk ko sekeluarga.
Post a Comment