Malam ini pertemuan pasukan top four akan menemukan penyandang juara MU dan the Gunners di Old Trafford. Memang ramai yang menantikan pertemuan hebat ini. Arsenal memulakan langkah awal dalam pertandingan liga dengan begitu bergaya sementara MU pula agak dicacatkan apabila tewas di tangan pendatang baru Burnley.
Pak Din nampaknya macam dah ajak tengok kat skrin besar aje dalam komen dia kat posting Puchong's Uptown. Si Usop Rompin pulak siap nak masukkan dalam doa lepas witir agar MU kalah malam ni. Hmmmm....hangat-hangat.
Petikan dari Utusan Online
Pertembungan hebat dua gergasi
MANCHESTER - Arsenal akan berkunjung ke Old Trafford menentang Manchester United awal pagi esok dalam perlawanan yang bakal membangkitkan semula memori saingan getir sebelum ini.
Selepas satu dekad pergaduhan bagi merebut gelaran liga, imej Roy Keane di terowong bersama Patrick Vieira, Martin Keown meraikan sepakan penalti yang gagal disudahkan Ruud van Nistelrooy dan cerita-cerita tentang 'pergaduhan piza' diikuti kemenangan United ke atas Arsenal masih lagi segar dalam ingatan.
Permusuhan antara kedua-dua pasukan telah berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini tatkala Arsenal semakin pudar daripada gambaran tersebut.
Namun pertemuan antara kedua-dua pasukan dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lepas yang mudah dimenangi United dan permulaan mengagumkan Arsenal awal musim ini bakal menyaksikan perlawanan hujung minggu ini dijangka berlangsung sengit.
Para pemerhati dan pengkritik berbaris memberitahu pengurus Gunners, Arsene Wenger tahun terbaik pasukannya terlalu jauh dengan pasukan sekarang, tetapi pengurus dari Perancis itu mempertikai keputusan tersebut dan mempertahankan kemampuan pasukannya bagi menjuarai Liga Perdana England (EPL).
Selain tidak memenangi sebarang piala sejak 2005, Wenger menolak perkara tersebut mengganggu dirinya dan mempertahankan barisan pemain muda mampu membantu Arsenal menjadi sebuah pasukan yang hebat.
"Pasukan yang purata umur pemainnya 28 atau 29 tahun boleh menunjukkan peningkatan sehingga lima peratus tetapi pasukan yang berumur purata 22 tahun mampu meningkat sehingga 30 peratus.
"Namun saya tetap yakin kerana kami mempunyai kualiti, kami mempunyai sikap, kami mempunyai bakat dan kami mempunyai cita-cita.
"Saya yakin kami boleh beraksi dengan baik dan berharap kami dapat mengejutkan ramai orang.
"Saya membayangkan hanya satu arahan dan ia mampu membawa Arsenal ke puncak serta yang lain boleh melakukan apa yang mereka mahu," katanya.
Sir Alex Ferguson akan menjadi salah seorang dari individu yang akan cuba untuk menghalang Wenger bagi mencapai niatnya dengan menjuarai EPL tetapi permulaan musim United tidak terlalu meyakinkan menjelang lawatan Arsenal ke Old Trafford.
Tewas 1-0 kepada pendatang baru, Burnley merupakan kejutan terbesar dan ramai yang berpendapat United tidak sehebat tanpa Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid.
Bagaimanapun United akan menanti kehadiran Arsenal berbekalkan kemenangan 5-0 ke atas Wigan, satu respons yang baik terhadap kritikan yang diberi ketika tewas di Turf Moor.
"Dengan baki 35 perlawanan lagi, anda tidak boleh menanggap perlawanan ini muktamad. Tapi apa yang paling bermakna ialah musim lepas kami memberikan enam mata kepada Liverpool, lima kepada Arsenal dan dua kepada Chelsea.
"Kami perlu berhati-hati dan melakukan yang terbaik untuk perlawanan ini. Satu peluang bakal tiba Sabtu ini dan kita berharap untuk mencapainya," kata Ferguson.
Pasukan tersebut telah beraksi dengan baik dengan diketuai oleh Wayne Rooney sejak ketiadaan Ronaldo dan dia telah membalas kepercayaan Ferguson selepas menyajikan permulaan yang baik di awal musim apabila menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan.
United dilihat memerlukan kekuatan menentang Arsenal tetapi dia yakin, dia mampu memenuhi tuntutan Ferguson dengan menjaringkan 25 gol musim ini.
"Sudah tentu 25 gol merupakan sasaran, di mana saya harap dapat mencapainya.
"Saya selalu berkata saya harus menjaringkan lebih banyak gol dan berharap saya melakukannya musim ini. Saya selalu dapat apa yang saya mahukan.
"Pengurus telah mengeluarkan kenyataan dan berkata saya akan beraksi sepanjang musim, jadi saya sangat gembira," kata Rooney.
Arsenal berjaya mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Celtic awal minggu ini tetapi masih belum mendapat keputusan sama ada mampu menurunkan ketua pasukan, Cesc Fabregas, yang mengalami kecederaan urat pelipat lutut, sementara United sekali lagi tanpa pertahanan tengah, Rio Ferdinand.
Dia tidak beraksi sejak mengalami kecederaan paha menentang Chelsea dalam perlawanan Perisai Komuniti tetapi berharap akan kembali bersama United menjelang perlawanan menentang Tottenham Hotspur 12 September depan, dua minggu lebih awal daripada yang dijangkakan.
"Saya berharap dapat beraksi dengan kecergasan sepenuhnya dalam beberapa minggu lagi.
"Saya telah bekerja keras dari awal bersama dengan berlari dan mengayuh basikal di Cheshire," katanya. - AFP
1 comment:
hahahahaha...musuh ketat min, lagi aku doa lagi menang..malas lah aku nak doa ..buang karan je
Post a Comment