Monday, August 24, 2009

Jenayah Hari Ini

Hari ini aku alami sendiri dan satu lagi aku saksikan depan mata aku kejadian jenayah. Yang aku alami sendiri ialah apabila aku keluarkan duit dari bank (cashier di kaunter) dan bila aku nak masukkannya di sebuah bank yang lain, dia dapat kesan yang salah satu daripada duit tu adalah palsu. Ini berlaku di bank kawasan Kinrara di Jalan Kelang Lama.
Aku masa tu dengan Irfan. Masa cashier tengah kira jumlah duit dengan menggunakan mesin mengira duit kertas, Irfan ternampak note RM50 yang baru. Dia tak pernah tengok dan terus bertanya pada aku duit apa tu yang ada gambar bunga. Aku jawab itu duit RM50 yang baru. Lepas tu dia tanya lagi, kenapa kena ada duit yang baru? Jenuhlah aku nak menjawab. Salah satu alasan yang aku beri ialah agar aktiviti buat duit palsu dapat dibendung. Aku beritau dia kalau kita keluarkan note yang baru, maka penjenayah yang tengah syok2 mengecop duit palsu dari note yang lama kena hentikan operasinya sebab dah ada note yang baru. Tak sempat aku nak terangkan lagi, tiba-tiba cashier beritau aku yang salah satu daripada duit RM50 aku tu palsu. Tergamam juga aku dibuatnya sebab inilah kali pertama aku berhadapan situasi macam ni. Cashier tu hulurkan note duit palsu tu. Alamak! Duit palsu tu dari note duit RM50 yang baru! Hmmmm.... nampaknya seolah-olah apa yang aku baru beritau Irfan tadi dah kurang relevannya. Baru aje note RM50 tu dikeluarkan di pasaran, dah ada yang palsu rupa2nya. Jadi berhati-hatilah.
Aku bawa balik note RM50 palsu tu ke bank tempat aku keluarkan duit tadi. Aku ceritakan pada dia yang salah satu dari duit yang dia berikan pada aku tu palsu. Dia pun hairan. Dia uji kira himpunan duit RM50 dengan diselitkan duit palsu tu dengan mesin pengira. Kali pertama proses kiraan tu tak ada masalah seolah-olah semuanya duit tulen. Dia buat kiraan sekali lagi, kali ni sangkut pada duit palsu tu. Maknanya mesin pengira tu kurang cekap. Setelah dia orang berbincang dengan bos-bos kat situ agak lama, akhirnya dia gantikan balik duit tu.
Malam pulak masa aku nak balik dari kedai menghantar pembantu kedai aku nampak dua orang yang sedang menunggang motorsikal menghampiri pembantu kedai tu sambil 'menyentuh' bahagian pipi pembantu kedai tu dan terus berlalu dengan lajunya. Aku dengan orang rumah dan dua anak aku masa tu dalam kereta kira-kira 50 meter di belakang. Aku fikir penunggang motorsikal tu cuba mengurat pembantu kedai tu. Tapi bila kita irang tanya dia, dia kata dia tak kenal dan pembonceng motorsikal tu sebenarnya cuba meragut handphone! Aku cuba kejar tapi tak jumpa....

2 comments:

HBM Consultant said...

Ya Allah... duit baru pun sudah ada yang palsu! Sungguh bijak penjenayah di negara kita. Saya sendiri belum pernah dapat menggunakan duit RM50 yang baru, walaupun pernah melihatnya dalam dompet suami, hehee..

Cikgu, mujur juga cikgu keluarkan duit itu di kaunter bank. Kalau cikgu dapat duit itu dari mesin ATM, agaknya pegawai bank mahu atau tidak menukar duit itu dengan yang tidak palsu? RM50 tu banyak tu, boleh dapat 2 balang kuih raya!

Tengoklah, peragut juga sudah semakin berani. Apalah hendak jadi agaknya...

Sukimin said...

itulah yang merisaukan sebab yang dipalsukan ialah duit baru. bayangkan peniaga pasar malam terima duit tu dari pelanggan dan bila dia nak guna tak laku. kesian..... saya nasib baik sebab jarak masa mengesannya cepat dan bank tu percaya, kalau tidak nampaknya rugi 2 balang kuih la saya hari tu.

seperti kebiasaannya apabila musim perayaan semakin hampir maka kejadian jenayah semakin meningkat. tambah parah keadaan kalau dalam waktu yang sama ada vss atau pemberhentian pekerja beramai-ramai.

doa dan berhati-hati....