Sunday, May 24, 2009

Rahsia Syamira

Aku tetiba teringat masa anak no 2 ni, Ira Syamira berumur 3 tahun lebih (baru pandai sebut2 nombor) dia dah boleh jawab dengan cepat dan betul semua soalan matematik yang aku beri. Sekarang ni dia belajar kat Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Bayangkan bukan setakat tambah dan tolak malah darab dan bahagi pun dia dengan selambernya aje jawab dengan betul. Digit soalan yang diuji bukan setakat satu digit, tapi bahagi yang libatkan digit ribupun dia boleh jawab. Soalan2 yang aku beri baik dalam versi BM dan versi BI, dua2 pun dia OK (hmmm... Marniyati, mesti ok punya sebab dua boleh jwb soalan2 dlm 2 bahasa tu) walaupun kat umah kebanyakan masa kita orang bercakap dalam BM. Pernah aku panggil seorang bekas wartawan (hehe kawan aku - aruah Bakarudin Busu, pensyarah UiTM yg meninggal dunia akibat dibunuh) untuk tengok macam mana sempoinya Syamira jawab soalan2. Masa tu aku tinggal kat Telok Pulai, Klang. Mudah ajekan rahsianya. Jadi pada sesiapa yang nak menimang anak (atau cucu) atau anak masih kecil lagi bolehlah mengamalkannya......
....Sambung citer pada 29 Mei 2009
Sorrylah sebab cerita tu tak lengkap. Buat posting tergesa-gesa sebab takut lupa tapi nak baiki tak larat maklumlah tengah bertungkus-lumus exam.
Kepada Marni dan Fati.....Petua dia ni tak payah bayarpun Fati.
Masa tu Syam ni baru pandai menyebut nam (maksudnya ENAM). Maklumlah kecik lagi.... So apa yang kita orang buat ialah kita orang tanya soalan-soalan yang berbentuk macam ni:
1) 1 tambah 5....dengan cepatnya dia jawan NAM!
2) 21 tolak 15 ...... pun dengan cepatnya dia jawab NAM!
So kira setakat tambah dengan tolak kira dia jawab tak yah fikir pun.
Kita orang soal dalam English lak
3) 2 times 3 ...... fuh dia jawab betul juga, NAM! Hehe dalam BM
Upgrade sikit soalan bahagi....
4) three thousand divide by five hundred......ha kau main ribu-ribu no tu..... dan dia dengan pantasnya jawab NAM!
So terbuktilah kan dia boleh jawab soalan2 matematik tu semua betul walaupun libatkan ribu-ribu....
Yang aku panggil Bakarudin (arwah) tu sebenarnya saja aje waktu tu dia ziarah rumah aku dan aku amik kesempatan pekenakan dia. Punyalah dia bengang kat aku masa tu.....
Alfatihah buat arwah Bakarudin.......

5 comments:

fati said...

Laa....apa rahsianye? Kena bayar pengeras ke?

HBM Consultant said...

Laaa,apa rahsianya?

Sukimin said...

Fati & Marni! Ehem... harap dah jelas ya apa rahsianya. Jangan marah..

HBM Consultant said...

Hahahaaa... cerita ini haruslah disampaikan kepada pakar-pakar matematik di Tanah Melayu ini... Harus juga mereka tepuk dahi sudahnya!

fati said...

Hahahaah....boleh lah aku gunakan utk pekena org lain pulak...