Aku memang sibuk dalam minggu ni. Pagi ini aku ada appointment dengan Pak Din di Putrajaya. Turut memeriahkan ialah Efy dan aku dengar Sharul dan Hanif dari SK Putrajaya 2 dulupun akan turut serta. Elias pulak aku dah kol dan dia kata kalau sempat dia datang.
Oleh sebab aku tak sempat nak buat posting sendiri ada tak ada di kesempatan yang singkat ini aku cuma cut and paste ajelah berita sukan di akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai perlawanan yang bakal berlangsung nanti:
MU yakin ulangi babak akhir
LONDON – Alex Ferguson percaya Manchester United akan memberi tekanan ke atas Arsenal dalam pertemuan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah bagi mengulangi impian ke perlawanan akhir saingan kelab elit Eropah itu.
Pasukan bimbingan Ferguson berkunjung ke Stadium Emirates dengan kelebihan satu gol hasil jaringan John O’Shea pada perlawanan separuh akhir pertama minggu lepas.
Keputusan seri sudah cukup untuk United mara ke perlawanan akhir bagi dua musim berturut-turut.
Berdasarkan peraturan, pasukan yang menghuni tangga teratas walaupun tewas, masih mampu mara dengan kelebihan gol di tempat lawan jika mereka mampu menjaringkan gol dan hanya tewas dengan margin satu gol.
Pasukan muda Arsenal, yang mengalami masalah kecederaan dikejutkan pada perlawanan separuh akhir pertama tetapi bernasib baik, beberapa percubaan yang berjaya diselamatkan, Manuel Almunia berjaya menyelamatkan mereka.
Saingan akhir di Stadium Olimpik Rome yang semakin hampir, Ferguson menjangkakan United mampu mengatasi rasa gugup Arsenal di utara London.
Pengurus United itu mengakui pasukannya berada di petak utama kerana Arsenal gagal menjaringkan gol di Old Trafford, bermakna mereka perlu bermain dengan lebih terbuka, seterusnya memberi ruang kepada Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan rakan-rakan lain untuk terus melancarkan serangan balas.
“Mereka harus lebih risau dengan kemampuan kami menjaringkan gol. Mana-mana pasukan yang akan beraksi pada perlawanan separuh akhir kedua di tempat sendiri di mana mereka tidak menjaringkan gol pada perlawanan pertama tentu risau tewas dengan jaringan tersebut. Itu adalah fakta sebenar dalam kehidupan,” kata Ferguson.
Kunci kepada kejayaan United pada perlawanan separuh akhir pertama adalah dominasi Darren Fletcher, Michael Carrick dan Anderson di bahagian tengah.
Gandingan ketiga-tiga pemain tersebut berjaya menyekat penguasaan Arsenal, di mana perancang Sepanyol, Cesc Farbregas gagal untuk menemui rentaknya dengan United mengawal hampir keseluruhan perlawanan tersebut.
Ferguson merehatkan tiga pemain tengah pada Sabtu lalu selepas menang 2-0 ke atas Middlesbrough dan Fletcher mengakui perancangan United sekali lagi akan meneruskan fokus untuk menyingkirkan Arsenal.
“Perancangan kami pada perlawanan separuh akhir pertama adalah mengatasi dan memberi tekanan kepada mereka dengan menggunakan tempo tinggi serta cuba untuk mematahkan serangan berkualiti yang dimiliki pemain mereka.
“Ia nampak berhasil. Arsenal merupakan pasukan yang bagus dalam melakukan hantaran dan jika anda menghalang mereka, mereka akan cuba menghukum sesiapa sahaja,” katanya.
– AFP
Arsenal perlu seimbang pertahanan, serangan
LONDON - Arsenal mesti seimbang dalam mencari jaringan dan mempertahankan diri daripada serangan balas Manchester United jika Gunners mahu menyingkirkan penyandang Liga Juara-Juara Eropah itu hari ini.
Pasukan bimbingan Arsene Wenger perlu mengalahkan United buat pertama kali dalam 25 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah apabila penyandang juara itu tiba di Stadium Emirates untuk mempertahankan kelebihan 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama.
Pemenang perlawanan tersebut akan menentang Chelsea atau Barcelona dalam perlawanan akhir di Rome, 27 Mei ini dan United akan kembali bersemangat jika pertahanan, Rio Ferdinand cergas dari kecederaan tulang rusuk yang dialami Rabu lalu di Old Trafford.
Ferdinand terlepas kemenangan 2-0 United ke atas Middlesbrough, Sabtu lepas tatkala mereka menghampiri kejuaraan ke-18 Liga Perdana England tetapi penampilannya semula mempunyai tugas penting dalam menjadi kelab pertama untuk mengekalkan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.
Arsenal yang perlu menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol untuk menang, berharap penyerang mereka, Robin van Persie akan kembali cergas dari kecederaan pangkal paha yang menyaksikannya berehat dalam empat perlawanan sebelum ini.
Arsene Wenger yang kehilangan Andrei Arshavin dan penyerang masih cedera Eduardo, berharap Emmanuel Adebayor mampu mencapai tahap terbaik.
"Saya yakin kami mampu mengalahkan United dengan dua jaringan tanpa balas kerana kami hanya kurang 90 minit untuk mara ke perlawanan akhir.
"Ini adalah peluang yang sangat istimewa jika kami mendahului satu gol mereka akan berada dalam keadaan tertekan, sedar bahawa mereka akan tersingkir jika bolos sekali lagi," kata Wenger.
Arsenal, yang hanya mempunyai peluang untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah sebagai sasaran menamatkan kemarau empat musim tanpa sebarang piala, merehatkan empat pemain yang akan turun menentang United apabila menang 3-0 ke atas Portsmouth untuk memastikan tempat keempat dan beraksi dalam peringkat kelayakan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Perlawanan hari ini dianggap pertembungan penting buat dua pasukan gergasi England yang bermusuhan begitu lama.
Arsenal masih belum bolos di tempat sendiri dalam lima perlawanan Liga Juara-Juara Eropah musim ini tetapi mereka masih belum menewaskan pasukan dari England di peringkat Eropah.
United telah menjaringkan gol sepanjang tiga perlawanan di Stadium Emirates dan ini merupakan musim ketujuh Arsenal telah mengalahkan United di tempat sendiri dengan keputusan yang cukup bagus untuk membolehkan mereka layak ke peringkat seterusnya.
- Reuters
No comments:
Post a Comment