Manchester United hanya memerlukan 1 mata untuk menjuarai Barclay Premier League daripada baki 2 perlawanannya untuk musim ini. Sudah pasti Arsenal dan Hull City akan bersungguh-sungguh cuba menafikan mata tersebut yang pasti bukan bertujuan untuk mereka menjuarai liga ini. Ini memandangkan kedua-dua pasukan ini sudah tiada peluang untuk menjadi juara kerana jurang matanya terlalu jauh untuk memintas MU. Namun bagi Arsenal kemenangan adalah hanya sebagai kepuasan sementara Hull City pula adalah untuk mengelakkan daripada tersingkir dari EPL musim depan anadinya menduduki 3 tangga tercorot. Hanya Liverpool sahaja yang boleh memintas MU dengan syarat ia memenangi kedua-dua baki perlawanannya di samping mengharap MU tewas kedua-dua perlawanan terakhirnya.
Malam ini MU akan bertemu dengan Arsenal di Old Trafford pada pukul 7.40 malam waktu Malaysia. Jika dilihat dari prestasi semasa dan rekod perlawanan baru-baru ini, MU dilihat dengan mudah boleh menundukkan Arsenal namun seperti biasa bola itu bulat. Aku boleh bayangkan betapa berderetnya member-member aku yang memusuhi MU akan berdoa agar MU tewas malam ini. Aku terbayang muka Pak Din, Efy, Usop di samping mereka yang tumpang sama mengharap MU tewas seperti Azrul (abang ipar aku), Raj dan Abang kerena mereka merupakan penyokong kuat Liverpool.
Malam ni patutnya aku tengok game ini dengan Pak Din dan Efy tapi ...... ssob, sob!
p/s rupa-rupa ada sorang cikgu sekolah aku ni yang merupakan die hard fan MU (aku baru tahu semalam).
1 comment:
kalah lah kau M.U...SUHKU....aku akan bersorak...kalau MU kalah, masalahnya payah no MU nak kalah
Post a Comment