Tuesday, March 1, 2011

Terima kasih....

Aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan aku semangat.  Sekiranya aku di pihak yang benar, berilah sokongan sebaliknya jika tidak tegurilah aku.

Pada dasarnya aku tak kisah siapa yang mengasuh Irfan, namun setelah aku melihat posting2 yang dibuat oleh kakak-kakaknya dalam FB mereka, aku menjadi takut. Mereka sewenang-wenangnya memperli, mengata, memfitnah aku tanpa ada rasa bersalah.  Rakan-rakannya tanpa usul periksa turut sama tanpa memikirkan bahawa menjatuhkan maruah bapa di khalayak ramai adalah satu kesalahan besar dari sisi agama.  Penggunaan perkataan2 seperti b*bi boleh dihamburkan sewenang-wenangnya.  Hati jadi semakin sayu apabila perkataan itu ditujukan kepada adik-beradik aku.  Banyak posting yang sedemikian rupa sudah dipadamkan setelah aku mula meluahkan perasaan di blog dan FB kerana aku rasa dia bimbang ia bakal memakan tuan.  Namun aku sempat menyimpan posting2 tersebut.  Hendak aku paparkan, terasa teramat malu.  Oleh itu, biarlah aku menyimpannya sehingga ia diperlukan kelak pada suatu hari.

Aku tidak prejudis namun selama hidup Irfan di sana tidak pernah sekalipun dia dihantar untuk bersolat Jumaat.  Walhal masjid tidaklah sejauh mana, kenderaan bukannya tiada. Kalau tak silap aku hanya sekali dia pernah pergi solat Jumaat sewaktu bapa saudaranya datang dari Singapura.  Tambah menyedihkan Irfan disindir dengan kata-kata sinis jika dia bersolat di rumah.  Teringat dulu2 kerap aku membawa anak2 jiran dan anak2 murid pergi bersolat Jumaat namun kini anak sendiri tiada siapa yang peduli.

Aku teringat sewaktu Irfan bersekolah di sana dalam tahun 1 dan awal tahun 2.  Bayangkan anak Guru Besar dan pensyarah tidak pandai membaca!  Tiap kali melawat dia di sekolah aku akan mengalirkan aur mata apabila melihat pakaiannya yang comot, koyak2 dan rupa diri yang tak terurus.  Itulah harga yang aku bayar untuk sebuah perceraian.  Namun hidup ini perlu diteruskan.  Bertitik tolak dari situ aku berazam untuk membimbing Irfan. Alhamdulillah dia semakin lancar membaca dan mula berjinak-jinak untuk bersolat.  Aku juga amat berterimakasih pada guru di sekolahnya yang membimbing Irfan hingga akhirna dia dapat masuk ke kelas aliran perdana. Kekadang terfikir yang berinu-ribu anak orang telah dididik tetapi anak sendiri tidak menjadi.

Mungkin aku bersangka buruk kerana masih menganggap keadaan sedemikian rupa mungkin masih kekal.  Namun sebenarnya aku takut dan bimbang seandainya aku tersilap langkah lantas terlewat untuk membentuk Irfan.  Tiap detik, tiap saat Irfan semakin membesar.....

Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

No comments: