Thursday, March 31, 2011

Menangis


Istilah menangis biasanya merujuk pada tindakan mengeluarkan air mata sebagai respon terhadap suasana emosi pada manusia.Tindakan menangis telah ditakrifkan sebagai "sebuah fenomena secretomotor kompleks dicirikan oleh penumpahan air mata dari aparat airmata, tanpa kerengsaan okular struktur".[1]
Sebuah hubungan neuron antara pembuluh air mata dan kawasan otak manusia yang terlibat dengan emosi ditubuhkan. Tidak ada binatang lain yang berfikir untuk mengeluarkan air mata sebagai respons terhadap keadaan emosional[2] although this is disputed by some scientists.[3] walaupun pekara iniditentang beberapa sainstis[4]
Menurut sebuah kajian terhadap lebih dari 300 orang dewasa, dalam purata, lelaki menangis sekali setiap bulan, dan wanita menangis sekurang-kurangnya lima kali perbulan[2] terutamanya sebelum dan selama haid, ketika tangisan dapat meningkat menjadi 5 kali tingkat normal, seringkali tanpa alasan yang jelas (seperti kemelesetanatau kesedihan)[5] Dalam banyak kebudayaan, hal ini lebih dapat diterima secara sosial bagi perempuan dan kanak-kanak menangis dibandingkan dengan lelaki.[2]Air yang dihasilkan selama menangis emosional mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada air mata jenis lain: mereka mengandungi secara signifikan lebih besar jumlah hormon prolaktin,adrenocorticotropic hormonLeu-enkephalin [6] dan unsur-unsur perubatan dan mangan[2]

Rindu sangat

Lama sangat dah tak dapat jumpa Irfan.  Entah apa khabarlah dia sekarang.  Aku bertiga dah rindu sangat nak jumpa dia.  Teringat saat-saat manis masa dengan Irfan.  Semoga Irfan menjadi anak yang soleh ....


Wednesday, March 9, 2011

Sudah jadi orang terpelajar anak aku

Dari bayi kita jaga.  Susah senang menyara, membela, mendidik mungkin dia tak tahu.  Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.  

Semasa anak kita kecil, macam-macam yang kita ajar.  Pelbagai cara, kaedah, helah yang digunakan agar mereka berjaya.  Sewaktu mengajar menunggang basikal, kekadang terpaksa berpura2 mengatakan si anak sudah pandai mengimbangkan badan.  Walhal si bapa memegang di bahagian belakang basikal. Bukannya apa, untuk beri keyakinan padanya agar semangat belajarna terus menyala.  Lama-lama, dah tak perlu pegang kerana si anak dah mula pandai.  Bila dah besar ajar pulak bawak kereta.  Tak cukup ajar biaya lagi kelas memandunya.  Bila dah lulus bayarkan lesennya pulak.  Alhamdulillah, syukur kerana Allah mengabulkan doa.

Namun bila si anak semakin meningkat dewasa, sudah belajar di universiti, sudahpun bergaya bawak kereta, sudahpun pandai berFB, sudahpun pandai berblog pendeknya dah pandai berbagai-bagai.  Belajar di universitipun bapa yang bayarkan tapi hebatnya anak ini boleh memperlekehkan usaha yang serupa dilakukan oleh si bapa ke atas adiknya.  Bukan setakat memperlekeh, malah mengaibkan.  Inilah agaknya yang disebut-sebut oleh si ibunya bahawa dia telah berjaya mendidik anak tersebut dengan cemerlangnya.

Bangganya anak ini.....mempersendakan bapanya.  Sukanya si ibu kerana anaknya menurut kata... kerana lebih kurang begini pesan si ibu kepada si anak "anak kena 3 kali patuh kepada ibunya berbanding patuh kepada si bapa".  Betul ke pesanan ini? Janganlah sampai disuruh melakukan sesuatu yang dilarang Allah pun kita nak ikut....

Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis


Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagian, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan.

Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa kantuk dariMu yang mententeramkan, tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian, dan ganjarlah dengan kemenangan yang nyata.

Wahai Rabb, tunjukanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahayaMu, bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalanMu, merapat ke hidayahMu!

Ya Allah, sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang, dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran. Hempaskan semua tipu daya setan dengan bantuan bala tenteraMu!

Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua!  Kami berlindung kepadaMu dari setiap rasa takut yang mendera, hanya kepadaMu kami bersandar dan bertawakal, hanya kepadaMu kami memohon, dan hanya dariMulah semua pertolongan.

Cukuplah Engkau sebagai Pelindung kami, karena Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.

Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

Tuesday, March 8, 2011

Emel dari MU (Tue, Mar 8, 2011 at 10:09 PM)


United will play Arsenal in the FA Cup sixth round at Old Trafford on Saturday 12 March (Kick-off 17:15 GMT). 
All tickets for Saturday's game have now been sold however, you may still be able to purchase tickets through the Manchester United Ticket Exchange, powered by Viagogo. Visit www.viagogo.co.uk/manutd

Matchday VIP packages are available for this game.  Please click here for further information.

Please note: If Saturday's game is drawn, the replay will take place within 8 days of the original fixture (exact date will be confirmed asap). Due to short timings, we will be accepting provisional applications from qualifying Season Ticket holders and Executive Members for the potential replay from 8am Thu 10 Mar until 8am Sun 13 Mar. The ballot would take place on Sun 13 Mar and tickets would be despatched from Mon 14 Mar.

Details of ticket allocation and prices will be confirmed shortly.

Rupa-rupanya....

Di sebalik kekecohan yang berlaku rupa-rupanya hanyalah disebabkan gara-gara dia nak bawak anak-anak bersama suami ketiganya ke Bangkok sewaktu Irfan masih dalam minggu peperiksaan di sekolahnya. Untuk merasional pertukaran mengejut tu maka disensasikanlah pembohongan demi pembohongan demi pembohongan......

Hmmm....bikin kecoh aje. Beritahu ajelah bukannya susah sangat. Orang lain pun banyak yang bawak anak ke luar negara dalam masa sekolah.  Jangan kan ke Bangkok malah ke London, New York, Wellington, Istanbul, Tokyo semuanya ada.  Tak adapun dia orang kecoh.  Lain kali bertindaklah dengan rasional dan bukannya emosional.

Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

Monday, March 7, 2011

Komen dan pesan seorang sahabat

Aku terima emel dari kawan aku mengenai kemelut yang aku sedang lalui.  Emel dia agak panjang dan aku ambik 2 isi pentingnya aje.

Komen:
Dia ni juga merupakan seorang sadist. She loves being sadistic. She loves to be in control. She loves to see you suffer. The more you and your family suffer, the more she gets the kick out of it.

Pesan:
Dan untuk semua ini, ustaz tu suruh kita cuba amalkan ayat berikut: Al-Baqarah, 2: 285-286 dan Al-Furqaan, 25:33. Amalkan selepas solat Subuh dan Isyak -- maknanya setiap harilah tu. Doalah supaya dia tu pulih. Supaya dia berfikiran rasional. Tak rugi ko doa yang elok2 untuk orang lain.

Tapi dalam pada itu, rupa2nya sahabat aku nipun sadist juga, cuba baca apa yang dia akhiri emelnya itu....

P.S. Aku simpati juga sebab pasukan kegemaran ko kalah lagi malam tadi.

Shukran....

Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

Saturday, March 5, 2011

Solat Jumaat

Hari ini isteri aku masak lauk kegemaran Irfan iaitu siakap tiga rasa.  Ingatkan dia dapat balik ke sini jadi dapatlah dia makan masakan tu.  Aku teringat setiap kali makan lauk ini, mesti dia tanya apa resepinya untuk diberikan kepada mak dia.  Biasanya Irfan akan makan bahagian ekor.  

Untuk pertama kalinya Irfan dah mula solat Jumaat di Shah Alam semalam.  Alhamdulillah, bukannya tak boleh.  Aku harap semua perkara wajib dan asas dijaga seboleh dan sebaik mungkin.  Tak perlulah diberitau melalui blog atau FB.

Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

Mana Irfan?

Dahlah hari Khamis aku nak jumpa sekejap dengn Irfan tak dapat, hari ini yang sepatutny aku boleh bersama dengan Irfan pun tak boleh.  Aku SMS, aku kol semuanya ditolak.  

Kalau Irfan duduk dengan aku, tak ada masalah untuk dia berhujung minggu.  Jangan 2 minggu sekali, lebih dari itu pun sudah biasa.  Walaupun kekadang Irfan tak nak ke sana kerana dia ada rancangan dengan kawan-kawannya, namun kalau dia nak Irfan balik maka wajiblah Irfan kena balik.  Kalau  ada hujung-hujung minggu yang Irfan tak nak balik, aku akan pastikan  dia mintak kebenaran dari emaknya dulu. Itu adab yang aku ajar.  Terpulanglah kepada emaknya nak benarkan atau tidak.

Cuti sekolah hujung tahun lepas, lagilah aku banyak mengalah.  Itupun aku dikutuk dan dikatakan kejam.  Dari 6 minggu cuti sekolah tu patutnya anak-anak tinggal dengan aku kira-kira 3 minggu tapi yang aku dapat tak sampaipun seminggu setengah. Pada minggu terakhir tu cuma Irfan yang balik, itupun dalam pukul 9.30 malam, 27 Disember 2010.  Sebelum tu macam-macam alasan yang diberi untuk tidak hantar budak-budak tu.  Bila hantar dah betul-betul dah penghujung cuti. Masa tulah aku kena  cari baju, seluar, track, kasut, alat-alat tulis, beg, buku-buku tulis dll untuk Irfan.  Bila dah hujung2 ni maklum ajelah kebanyakan stok dah berkurangan maka melilaulah aku cari dari satu shopping complex ke shopping complex yang lain kerana tak ada saiz.

Tak cukup dengan itu, aku diminta hantar Irfan semula kepadanya.  Aku kata mana boleh, dahlah aku dapat cuma seminggu, dengan seminggu tu lah aku kena buat persiapan untuk Irfan balik ke sekolah. Habis aku dihentam macam2 dalam FB dengan digambarkannya aku sebagai seorang bapa yang kejam.  Katanya kesian Irfan tak dapat gembira bersama adik-beradik yang lain.  Kata Irfan dia orang dah plan nak tengok wayang hari Jumaat 31 Disember 2010.  Tetapi tak lama kemudian Irfan kata sebenarnya dia nak balik ke sana masa tu disebabkan ada seorang artis perempuan cerita Kau dan Aku nak tidur kat rumah dia orang! 

Kalau aku rajin, aku masukkan FB dia orang yang bukan main sesuka hati melabel dan menghina.

Salah satu skrip yang berlaku pada 9 Julai 2010 (Jumaat) apabila Irfan bercadang tak nak balik ke Shah Alam kerana dia ada rancangan dengan kawan dia.  Masa tu aku meeting PIBG kat sekolah.  Seperti biasa, aku akan suruh dia minta kebenaran dulu.  Tapi bila dia telefon mintak izin, ini yang aku dapat:

+ Please send irfan to nite as planned.jangan cari pasal ok sukimin
- 7.35 pm

+ Napa bila time untuk irfan balik rumah i je you buat hal je?apa masalah you hah?send him to me and amik on sunday as per planned.nak gaduh? pa hal ni?

- I suruh dia balik, dia tak nak. I kata kalau tak nak, mintak permision dr you. So apa salah i lak. Up to u sama ada nak luluskan tak permintaan dia. Tak ada apa2 kena-mengena dgn i
- 7.57 pm
aku meeting 

+ Just send him to me as per promised malam ni.yang tiba2 buat 2 weeks once ada you tanya i lak.? Cuba u pisahkan si yani tu ngan nasr syamir dia?meraung nak mampus kan?u just send him tonite or i buat kecoh.TRY ME!

+ Napa dah sibuk ngan anak baru tak larat nak layan irfan dah.tak larat nak ngantor ke hulu hilior dah?ngaku ler senang sikit aku take acttion ler

+ Aku tunggu malam ni kimin .ko tak antar my son ,i will cause havoc!try me!just try me!ingat si yani skarang dah ada anak n tahu sayang anak kan?kang aku buat kecoh kang!
- 9.47 pm

Semua SMS di atas aku tak balas sebab aku tengah mesyuarat AJK PIBG di sekolah.  Bila habis mesyuarat dalam pukul 11.15 malam baru aku sempat membaca dan membalas.

- I baru abis meting, tak sempat baca sms2 you. Here my answers

1-Sori.....ada ke orang yg teringin nak try you? I TAK NAK
2-You ni janganlah cemburukan kebahagiaan orang lain. You perbaiki diri selepas melalui 2 keruntuhan rumahtangga. Jadikan persediaan untuk membahagiakan bakal suami ke-3 you tu.
3-Tak payah nak tuduh yg i tak larat jaga irfan. You as usual, orang lain semua buruk sedangkan buruk diri sendiri tak sedar. Muhasabahlah setelah apa yg telah you lalui.
- 11.25 pm

Ada banyak lagi selepas sms ini yang aku terima, tapi tak larat nak tunjuk disebabkan bahasanya yang tak sesuai dengan nilai dan budaya kita.  Sampai rumah dari mesyuarat tu aku terus hantar Irfan ke Shah Alam.  Apa yang cuba dia gambarkan ialah aku tak nak hantar Irfan balik ke sana.  Sedangkan cerita asalnya ialah Irfan mintak kebenaran untuk tidak balik hujung minggu tu.

Kisah ini tak akan jadi secomplicated ini kalau dia jawab tak boleh.  Bila tak dibenarkan, aku akan hantar ke sana, kan senang aje.  Ini tidak, dia jadi berbelit2 dan menyukarkan keadaan

Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

Thursday, March 3, 2011

Mana dia?

Hmmm... teringin nak baca, tapi tak tau baca.

OK tak apa, abang Irfan boleh tolong. Tapi....mana dia?

 



Mama! Abang Irfan mana?
Mama pun tak tahu, nak tanya sapa lagi ni?



Papa, papa....abang Irfan mana?

Huhu...Nampaknya Nasr cuma ada gambar abang Irfan untuk lepaskan rindu
Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

Wednesday, March 2, 2011

Irfan....papa, mama dan Nasr rindu nah

Sejak semalam semua hubungan kami dengan Irfan diputuskan.  Telefon tak berjawab, SMS pun tak berjawab dan lebih kejam lagi hubungan FB juga dah diputuskan.  Semua mereka yang ada kaitan dengan aku seperti isteri, Nasr, adik-beradik aku dan aku sendiri telah diunfriendkan dari Irfan.  Oleh siapa aku tak pasti. 

Kepada mereka yang hanya mendengar cerita dari sebelah sana, lihatlah sendiri, nilailah sendiri.  Sewaktu Irfan dengan aku,sekiranya mereka yang di sana nak telefon ke, nak berFB ke, nak berchatting ke.. semuanya aku tak halang.  Aku berpegang kepada prinsip bahawa anak tak boleh dipisahkan dengan ibu dan bapanya.  Kalau ibu dan bapa sudah tidak sehaluan, mereka boleh berpisah.  Hubungan suami-isteri boleh dihentikan - bercerai.  Namun tidak begitu bagi hubungan antara anak dengan ibu, hubungan antara anak dengan bapanya.  Seburuk mana sekalipun ibu atau bapa, semiskin mana sekalipun ibu dan bapa, sehodoh mana sekalipun kedua ibu dan bapa, sehina mana sekalipun mereka, mereka tetap ibu dan bapa. Tidak ada satu kuasapun mampu mengubah hubungan itu kecuali Allah swt.

Percayalah bahawa ajal maut, jodoh pertemuan adalah di tanganNya.percayalah kepada Qada dan Qadar Allah.  Kepada Allah jua aku berserah..

Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

Speechless

Tuesday, March 1, 2011

Terima kasih....

Aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan aku semangat.  Sekiranya aku di pihak yang benar, berilah sokongan sebaliknya jika tidak tegurilah aku.

Pada dasarnya aku tak kisah siapa yang mengasuh Irfan, namun setelah aku melihat posting2 yang dibuat oleh kakak-kakaknya dalam FB mereka, aku menjadi takut. Mereka sewenang-wenangnya memperli, mengata, memfitnah aku tanpa ada rasa bersalah.  Rakan-rakannya tanpa usul periksa turut sama tanpa memikirkan bahawa menjatuhkan maruah bapa di khalayak ramai adalah satu kesalahan besar dari sisi agama.  Penggunaan perkataan2 seperti b*bi boleh dihamburkan sewenang-wenangnya.  Hati jadi semakin sayu apabila perkataan itu ditujukan kepada adik-beradik aku.  Banyak posting yang sedemikian rupa sudah dipadamkan setelah aku mula meluahkan perasaan di blog dan FB kerana aku rasa dia bimbang ia bakal memakan tuan.  Namun aku sempat menyimpan posting2 tersebut.  Hendak aku paparkan, terasa teramat malu.  Oleh itu, biarlah aku menyimpannya sehingga ia diperlukan kelak pada suatu hari.

Aku tidak prejudis namun selama hidup Irfan di sana tidak pernah sekalipun dia dihantar untuk bersolat Jumaat.  Walhal masjid tidaklah sejauh mana, kenderaan bukannya tiada. Kalau tak silap aku hanya sekali dia pernah pergi solat Jumaat sewaktu bapa saudaranya datang dari Singapura.  Tambah menyedihkan Irfan disindir dengan kata-kata sinis jika dia bersolat di rumah.  Teringat dulu2 kerap aku membawa anak2 jiran dan anak2 murid pergi bersolat Jumaat namun kini anak sendiri tiada siapa yang peduli.

Aku teringat sewaktu Irfan bersekolah di sana dalam tahun 1 dan awal tahun 2.  Bayangkan anak Guru Besar dan pensyarah tidak pandai membaca!  Tiap kali melawat dia di sekolah aku akan mengalirkan aur mata apabila melihat pakaiannya yang comot, koyak2 dan rupa diri yang tak terurus.  Itulah harga yang aku bayar untuk sebuah perceraian.  Namun hidup ini perlu diteruskan.  Bertitik tolak dari situ aku berazam untuk membimbing Irfan. Alhamdulillah dia semakin lancar membaca dan mula berjinak-jinak untuk bersolat.  Aku juga amat berterimakasih pada guru di sekolahnya yang membimbing Irfan hingga akhirna dia dapat masuk ke kelas aliran perdana. Kekadang terfikir yang berinu-ribu anak orang telah dididik tetapi anak sendiri tidak menjadi.

Mungkin aku bersangka buruk kerana masih menganggap keadaan sedemikian rupa mungkin masih kekal.  Namun sebenarnya aku takut dan bimbang seandainya aku tersilap langkah lantas terlewat untuk membentuk Irfan.  Tiap detik, tiap saat Irfan semakin membesar.....

Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

Kisahnya...

Hari ini aku balik dari kerja seperti biasa.  Biasanya pada ketika itu Irfan akan berada di kelas agamanya di BK5.  Tapi hari ini dia tiada di situ malahan sekolah paginya juga dia tidak pergi.  Ibunya yang sepatutnya menghantar Irfan pulang semula ke rumahku pada hari Ahad tidak berbuat demikian.  Dia akhirnya berjanji akan menghantar hari Isnin dan Irfan akan sempat menghadiri kelas tuisyennya. 

Tapi bila aku sampai rumah aku dikhabarkan berita bahawa ibunya dengan tanpa memaklumkan kepada aku telah menukarkan sekolah Irfan dari SK Seksyen 2 Bandar Kinrara ke sekolah di Shah Alam.  Alangkah terkejut dan luluhnya hati aku dan isteri aku. Bila aku telefon emaknya dia mengatakan Irfan takut dan tak suka untuk kembali ke rumah aku. Aku kata kenapa tukar sekolah Irfan tak maklum kepada aku. DIa kata aku tak boleh runding.  Ye ke?  Dia tambah lagi yang Irfan bencikan aku dan isteri aku. Astagfirullah! Aku minta Irfan bercakap sendiri dengan aku.  Aku tanyakan betul ke Irfan takut dan tak sukakan aku dan isteri aku.  Dia menjawab "habis papa dengan mama marah Irfan pasal makan strawberi". Sebab itu aje????? Aku beritau emak dia, takkanlah menjadi satu kesalahan aku menegur anak aku dengan niat untuk mendidik.  Bila aku nak terangkan lebih lanjut, telefon diletakkan. Aku buat beberapa panggilan lagi dah tak berjawab.

Peristiwa strawberi tu dah berlalu pada 7 Februari yang lalu.  Ada 2 peket buah strawberi yang dah masak dan malam tu Irfan dah dipesan berulangkali agar kalau nak makan esok, makanlah peket yang di atas dulu.  Tapi rupa-rupanya dia makan kedua-dua peket.  Manalah sangka budak ni boleh makan sampai 2 peket dan emak bapaknya tak sempat menjamah walaupun sebiji.  Ingatkan dia akan makan 2 atau 3 biji tapi rupa2nya sampai 2 peket!  Jadi aku dan isteri akupun tegur dialah kenapa tak ikut pesanan. Sambil tu nasihatkan dia lain kali kalau nak ambil lebih, minta kebenaran terlebih dahulu.  Itu dua perkara aje yang aku tegur.

Baru minggu lepas emak Irfan ni beritahu aku yang dia nak ambilIrfan sebab aku dah nak berpindah ke Bandar Baru Salak Tinggi.  Aku beritahu dia siapalah pulak bawak cerita yang aku dah nak pindah ke sana.  Aku tangguhkan pindah ke sana semata-mata atas permintaan Irfan untuk menghabiskan persekolahannya sampai UPSR di SKS2BK.  Aku dan isteri dahpun menuruti permintan Irfan.  Aku tambah lagi, jangan bimbang...kalau aku nak pindah aku akan buat rennovation dulu rumah di BBST tu.  Kalau aku dah mula buat nanti akau akan maklum kepada dia.  Itukan dah berbincang namanya...

Akhirnya aku ke balai polis Puchong Perdana membuat laporan..... esok insyaAllah aku akan memulakan prosedur mahkamah.  Selama ini aku tidak melakukan ini memandangkan persefahaman sudah ada dan Irfan sudah stabil menimba ilmu dunia dan akhirat. Bukankah ini kerja leceh dan membuang masa untuk memfailkan kes dan dibicara sedangkan sepatutnya jika anak itu dididik dengan baik serta menghormati kedua ibubapanya tidak perlulah nak melalui prosedur yang memenatkan ini.....

Seksyen 84. Tempoh jagaan

(1) Hak hadhinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadhinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.

(2) Setelah tamatnya hak hadhinah, jagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.


Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

Kisah aku II

Tahun 2008 juga merupakan tahun bersejarah aku apabila Irfan mula tinggal dengan aku Mulai bulan Mei.  Dia bersekolah di sekolah aku iaitu SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.  Kawan baik dia ialah Irzan Hakimi yang juga merupakan anak kepada PK 1 sekolah itu. 

Pada 08.08.08 aku bernikah untuk kali kedua dan kali ini dengan Yani.  Alhamdulillah Yani cepat dapat menyesuaikan diri untuk membantu aku mendidik Irfan.  Aku sangat terhutang budi kepadanya dan ramai yang menyangka Irfan adalah anak kami berdua.  Bukan sahaja dalam mendidik Irfan seperti mengajarnya mengaji malah dia juga menjadi tempat Irfan bermanja.  Di samping itu Yani banyak membantu aku menyelesaikan masalah kewangan aku.  Masalah bebanan hutang pembelian harta yang begitu banyak sewaktu bercerai dulu beransur-ansur dapat diatasi.

Penghujung tahun 2009, Irfan dan kakak-kakaknya kehilangan bapa tiri apabila rumahtangga ibunya tidak dapat diselamatkan.  Kalau tak silap waktu itu aku, Irfan dan isteri aku sedang bercuti di MU.

Pada 23 Mei 2010 kami dikurniakan cahayamata lelaki dan dinamakan Nasr Syamir Mikhail.  Irfan begitu seronok apabila mendapat adik lelaki dan merasa tidak sabar untuk Nasr membesar. Kenapa? Untuk kawankan dia bermain bola.  Irfan dan Nasr benar-benar membesar seperti adik-beradik.  Aku dan isteri berasa amat bertuah mempunyai Irfan yang begitu baik dan taat. Nasr begitu merindui Irfan setiap kali Irfan pulang berhujung minggu di Shah Alam bersama ibunya.

Januari 2011 Irfan mendapat bapa tiri lagi. Kali ini bapa tirinya adalah orang Singapura yang juga merupakan rakan sekolah ibunya sewaktu di Singapura dahulu.  Kisah rancangan mereka berdua untuk berkahwin  kerap diceritakan oleh Irfan sekita rawal tahun 2010.  Yang lucunya setiap kali bercerita Irfan membahasakan  bakal bapa tirinya itu sebagai 'Imam Muda'.  Apa yang Irfan seronok dengan perkahwinan ini ialah dia mendapat 3 orang lagi adik-beradik iaitu dua orang kakak dan seorang adik lelaki.  Adik tirinya yang berusia setahun lebih mudah dan berbadan hampir 3 kali saiz Irfan.  Irfan memang anak yang baik kerana dalam hatinya sentiasa menerima sesiapa saja untuk menjadi saudara atau kawan. Dia dapat menerima anak-anak bapa tirinya baik yang lelaki mahupun yang perempuan.  Semoga keluhuran hatinya itu tidak dicemari ....
Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

Kisah aku...

Aku telah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali. Isteri pertama aku merupakan warga Singapura dan dengannya kami memperoleh tiga orang anak iaitu Ira Syaqira (yang kini berusia 21 tahun), Ira Syamira (17 tahun) dan Irfan Syaqir (11 tahun).  Namun jodoh aku tidak panjang apabila isteri aku memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 15 Februari 2006.  Terkejut aku apabila mendapat perintah untuk hadir ke mahkamah di Putrajaya pada 27 Februari 2006.  Bila tiba harinya, dalam perjalanan ke mahkamah isteri aku acapkali merayu "Please make it easy"  Sebagai orang yang tidak pernah hadir ke mahkamah (kecuali masa aku di sekolah menengah Sains Johor Kluang ada cikgu yang membawa kami sekelas melawat mahkamah majisterit) aku berasa termat malu, gementar dan fikiranku berkecamuk. Apatah lagi kali ini aku yang menjadi orang yang dibicarakan.  Fikiran aku buntu dan hampir tak boleh nak berfikir.

Apabila hakim bertanya kepada aku tentang permohonan itu, aku memohon izin dengan yang arif untuk aku bertanya sendiri kepada isteriku adakah itu yang benar-benar itu dia mahu. Apabila dengan yakin dia menjawab ya, maka aku ambil keputusan untuk melafazkan talak satu.

Maka dari saat itu pada 27 Februari 2006 bermulalah episod aku menduda.  Aku tidak ada rumah kerana rumah di Putrajaya aku benarkan bekas isteriku tinggal bersama-sama dengan anak-anak.  Lalu pakaian aku, aku sumbatkan ke dalam van Serena Putrajaya 5797 dan mula memikir di mana aku nak tinggal.  Rumah apartmen aku di Puchong habis rosak dipecahkan kerana tak pernah aku jengah.  Akhirnya aku mengambil keputusan tidur di dalam van di parkir hentian rehat LDP tol menghala ke Putrajaya (sebelah Shell).  Ibu, bapa, adik-beradik, rakan sekerja semuanya tidak tahu.  Aku begitu malu dalam melalui saat-saat kehidupan ketika itu yang aku rasakan penuh dengan kepahitan.  Dalam pada itu aku tetap bekerja seperti biasa di Bahagian Sekolah dan rakan sekerja aku kira langsung tidak mengesyaki apa-apa.  Setiap pagi aku mandi dan solat subuh di hentian itu.  Kalau biasanya aku mandi air panas, kali ini terpaksalah aku menahan kesejukan.  Dalam kesibukan aku bekerja, sempat juga aku mencari kontarktor untuk membaiki apartmen Saujana Puchong.  Bertuah aku dapat Wahid, kerana bukan sahaja hasil kerjanya baik malah bayarannya juga amat berpatutan.

Tidak lama kemudian bekas isteri aku berkahwin dengan Tengku yang merupakan seorang kerabat Diraja Pahang.  Aku terus menduda dan tinggal di Saujana Puchong.  Tahun 2007 mencatat banyak sejarah apabila Irfan memasuki alam persekolahan di SK Seksyen 9 Shah Alam, sementara Syamira dapat memasuki SBP di Sekolah Seri Puteri.  Ira yang bersekolah di SMS Hulu Selangor menduduki peperiksaan SPM dan aku pula ditukarkan menjadi Guru Besar di SK Seksyen 2 Bandar Kinrara pada penghujung tahun itu.  Sewaktu Ira menduduki peperiksaan SPM aku dengan adik-adiknya kerap melawat memberi semangat hinggakan pada malam solat hajat di surau sekolahnya kami bertiga jugalah hadir menemaninya.  Aku tahu perasaan serba-salah hatinya apabila fasilitator meminta calon SPM memeluk ibu dan bapa kerana pada ketika itu dia hanya ada aku.  Sedangkan rakan-rakannya yang lain dapat bersama kedua-dua ibubapa mereka.  Setelah menamatkan SPMnya Ira tinggal bersama aku dan dia aku hantar untuk belajar memandu dan mengambil lesen.  Alhamdulillah dengan sekali ujian dia lulus!

Punca Krisis
Rentetan Krisis