Friday, May 21, 2010
Minggu Dugaan
Hari Rabu lalu, awal pagi aku dah hantar orang rumah ke az-zahrah, B.B.Bangi. Sepanjang malam dia dah rasa sakit2. Beberapa ujian dijalankan dan didapati rupa2nya false alarm aje - masih belum waktunya.
Sehari sebelum (Selasa) kita orang melawat bapa mertua aku yang dimasukkan ke hospital Banting akibat serangan asthma. Aku ke sana setelah menghadiri Sambutan Hari Guru sesi pagi di sekolah.
Setelah habis berurusan di Az-Zahrah, aku ke Jalan Pasar membeli beberapa jenis connector untuk sistem siaraya sekolah. Dari situ terus ke Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM untuk mendapatkan pengesahan. Pada waktu itu orang rumah aku terima kol yang mertua aku dipindahkan ke wad ccu apabila keadaannya semakin kritikal. Dia yang dimasukkan ke dalam wad 5 apabila mengalami asthma pada malam Isnin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Min, aku doakan semoa bapa mentua kau semakin pulih. CCU bermakna masalah dengan cardiovaskular especiaaly jantung. Pemahaman aku, ICU kritikal dan apabila tahap kritikal kurang baru dipindahkan ke CCU.
Aku doakan juga semoga Yani akan selamat dalam melahirkan cahaya mata. Banyakkan bersabar dan berdoa Min.
Semoga Allah melindungi cikgu sekeluarga. Semoga cikgu juga tabah dengan segala dugaannya. Amin...
Post a Comment