Tuesday, May 25, 2010

Prestasi Hari Pertama

Semalam lepas balik daripada klinik, akupun memulakan tugas baru untuk menjaga baby dan emak baby. Ketiga-tiga anak aku sebelum ini (Syaqira, Syamira dan Irfan), bila lahir aku tak pernah hantar ke rumah orang tua aku atau mertua - aku jaga sendiri. Anak aku yang last sebelum ini, Irfan Syaqir. Kini dia dah pun berusia sepuluh tahun. Maknanya kira-kira dah sepuluh tahun jugalah aku dah tak jaga baby. Semuanya dah lupa-lupa ingat. Nasib baik Irfan rajin tolong aku untuk jaga adik dia. Memang boleh harap budak ni.
Jadi dalam kesibukan mengurus, kekadang ada benda yang tak jadi seperti yang dirancang. Antaranya apa yang berlaku pada hari pertama di rumah ialah...

Semalam aku rebus bekas susu ni bersama-sama botol susu untuk basmi kuman, apa dah jadi?
Setelah semalaman jaga baby, pagi ni aku bangun cari cermin mata....

4 comments:

Unknown said...

huhuhuhuhuhuhu....lepas ni tak tahu la ape yg patah lagi....lawak..lawak...

ISMAIL SUPANDI said...

Jangan PATAH semangat. Insya Allah tahun depan menyusul lagi. Saya dah rujuk dengan bomoh Idahap Kau bakal dapat anak kembar tahun depan. Adalah nanti temankan anak kecil ni.

HBM Consultant said...

Saya sedang membayangkan betapa kalutnya seorang bapa selepas 10 tahun tidak pegang baby... Sampai terkorban sepasang cermin mata... hehehe

rafi_reenz said...

huh....sampai mcm tu sekali abg ipar aku nie.... hahahaha.....