Thursday, September 10, 2009

Kisah Dulu-Dulu

Ini merupakan petikan tulisan classmate masa sekolah menengah dulu Roslan Sukeimi dalam blog alumni sekolah kita orang. Beliau merupakan pemidato yang hebat dan kini merupakan seorang pengurus yang berjaya. Seronok aku membacanya sampai terkenang zaman dulu-dulu. Terima kasih Lan! Ku Pohon Restu Ayah Bonda – Al Jawaher ( ...Duhai bonda duhai ayahanda Dengarlah rayuan anakanda Yang jauh di mata... ) Tanpa ku sedari airmata ku mengalir Terdengar ayat suci seruan takbir Betapa daku gembira dekat di samping keluarga Di pagi mulia hari raya... Inilah antara lagu raya favorite aku kerana penyanyinya JAWA her.
Jika kita dilahirkan pada suasana yg susah dan ditanya bila kita nak makan ayam, bila nak pakai baju dan kasut baru atau bila nak minum air sirap... pasti jawapannya Tunggulah hari raya..Tanyalah pada diri kita semasa kita kecil setiap malam raya terlalu sukar untuk kita tidur kerana kita tak boleh menahan sabar akan kedatangan hari raya hinggakan kita tidur berbantalkan kasut raya. Aku pernah kena marah pasal pagi2 dah buka pintu reban sedang telah menjadi hukum raya berkata reban tak boleh dibuka sebelum ayam2 disembelih jk tidak…. Kita terpaksa berlumba lari dgn ayam..
Corak dan warna baju kurung dibeli bukan berdasarkan warna tapi berdasar harga dan kemampuan. Kita tak mampu utk beli sampin atau selendang. Kadang2 kasut raya kita berwarna putih kerana ibu bapa kita mengharapkan kasut itu boleh digunakan utk sekolah. Didalam keadaan susah, ibu bapa kita masih melayan tetamu walaupun sekadar anak2 kecil yg beraya sepertinya melayan org dewasa. Siap dgn air sirap merah dan sedikit duit.
Selepas memohon kemaafan dari orang tua kita, kita terus beraya dgn abang, kakak atau adik kita kesemua arah petunjuk angin, dengan harapan akan membawa pulang duit raya. Kita tak pernah malu utk itu kerana pada saat itu semua kanak2 yg sebaya kita melakukannya. Kadang2 kita dipukul oleh org tua kita bila mereka dapat tahu yg kita salam tak cium tangan tuan rumah masa raya sedangkan kita tak kenal siapa tuan rumah tu. Aku masih ingat bila aku minta seluar panjang utk raya, almarhum bapa aku tak kasi... Alasannya mudah... pakai seluar pendek waktu raya, senang kencing ...cuma ”sesel kaki seluar”aja dan tak perlu buka zip..tapi pada hari ini aku dapat jawapannya.... ayah aku tak de duit...
Begitu indah hari raya pada waktu itu. Hari yg ditunggu...Tapi pada hari ini anak2 kita tak perlu hari raya utk makan ayam atau air sirap atau baju baru. Anak kita tak perlu beraya keliling kampung lg kerana kita boleh kasi dia duit lebih byk dari duit raya.. Ucapan” Nak duit atau Nak Raya ” dah jadi wajib?” Kita lupa setiap tetamu yg datang membawa berkat pada isi rumah walaupun tetamu itu cuma anak kecil.

3 comments:

HBM Consultant said...

Salam, Cikgu...
Sedihnya catatan kali ini. Walaupun pengalaman hidup saya sudah tidak sesukar itu, namun membacanya membuatkan saya teringat cerita emak dan abah ketika mereka masih kecil.

Shikin Hussain said...

Hishh..Nak menitik airmata baca posting ni.. Teringat pergi beraya dengan adik-adik dan anak-anak jiran dari satu rumah ke satu rumah. Bila balik baju kurung dah senget sebelah sebab kocek penuh dengan duit syiling. Anak-anak kita sekarang erti Raya pada dia orang ialah berkumpul di rumah atuk nenek sambil masing-masing bawa macam-macam CD game, PSP, PS2 dan ntah apa-apa lagi. Duduk mengadap game siang malam, tak hirau saudara mara yang datang. Cuma keluar bersalam masa tetamu sampai dan tetamu dah nak balik. Bukan apa, saja nak bagi tau yang dia orang exist, dan bila tetamu nak balik, dapatlah duit raya.

Sukimin said...

Haha touchingkan tulisan ni...
Betullah Shikin....sekarang ni trend beraya dah mat jauh berbeza. Tapi mungkin juga itu kesilapan kita akibat perubahan gaya hidup masa kini