Mungkin nak cari duit raya, siniket ini mula menghantar emel kepada penerima rambang dengan tujuan untuk mendapatkan username dan password pelanggan Maybank2u. Kalau dilihat alamat emel yang diletakkan memang merupakan alamat sebenar maybank2u tapi disebalik hyperlinknya yang dipautkan adalah palsu iaitu http://www.highm2uopen.com/M2ULogin.htm. Kalau kita ke alamat web tu memang nampak sebijik macam laman web asli maybank2u. Cubalah masukkan apa2 (bukan yang betul) username dan password, sistem akan menerimanya dan memaparkan muka surat yang meminta TAC Code dari kita. Tunggulah sampai berzaman, memang tak adapun TAC tu. Jadi sebenarnya jika ada pengguna yang menyangka ia adalah laman web sebenar, maka dia akan memasukkan username dan password yang betul. Jadi sindiket tu akan tersenyum kerana tak pasal-pasal dia dapat maklumat tu untuk masuk mengakses akaun pengguna tersebut. Yang lain kena fikirlah sendiri....
Ini dia yang dipaparkan bila kita buka emel tu.
Secured Notice (Maybank) Dear Valued Customer,
Maybank regrets to inform its customers that we encountered an unexpected system shutdown resulting in loss of valuable data and financial records. All M2U users are hereby required to immediately restore and reactivate their account below as inactive accounts will be terminated till further notice.
http://www.maybank2u.com.my
Thank you,
Maybank Group
1 comment:
Ironinya, saya yang langsung tidak memiliki akaun Maybank juga menerima email tersebut, bahkan berkali-kali dalam seminggu. Saya sudah membuat aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya. Harap-harap akan ada tindakan diambil.
Post a Comment