Ada seorang member aku tetiba telefon dan bertanya 'kau dapat gred apa?'. Mula2 terpinga2 jugalah nak jawab sebab tak berapa pasti asal-usul tajuk perkara. Hmmm... Agaknya gred exam kat UKM kot? Ke gred PTK? Last2 aku tanya dia apa ke benda yang dia maksudkan. Ooo....rupa2nya prestasi aku jaga baby dan mak baby.... Ini dah tentu gara-gara dia baca posting "Prestasi hari pertama".
Minggu ini merupakan minggu aku jaga sepenuhnya baby dan mak baby. Mak Cik Esah (tukang urut) dan mertua aku masing-masing dah balik sejak hari Jumaat lepas. Setakat pagi semalam dan hari ni, alhamdulillah sebelum pergi kerja aku masih sempat siapkan sarapan dan makan tengah hari. Makan tengah hari aku masak ikan merah rebus berperisa, sayur sawi masak bening dan sangen ikan bilis. Tak ketinggalan mandikan baby dan bersarapan dengan isteri sebelum pergi kerja. Di samping itu air minuman dan makanan ringan sentiasa tersedia jika ada tetamu datang.
Jadi, apa grednya? Jawapan aku ialah ia bukan untuk dinilaikan....
5 comments:
Salam, cikgu. Ia memang bukan untuk dinilaikan, tetapi untuk dihargai sebagai kasih sayang sejati... Insya-Allah...
Min, tak dapat bayang...tang sayur bening tu memang elok untuk emak baby, masaklah bubur campur carot, Ikan bilis goreng untuk support tenaga orang bersalin, kena ada Vitamin dan zat besi asli. Kalau isteri berurut bapak pun kena berurut,sebab sengal-sengal badan kena buat segala macam, tapi jangan Mak Bidan pulak yang mengurut.Sekarang ramai mak Bidan berijazah, muda belaka...
halu abg iparku.... wah.....nie mmg btl2 bz nie....So mcm ner skang nie?
kalau bg saya..gred A++..dlm 100, nak cari sorang mcm tu pun susah oo..beruntung
yer btl tu...
Post a Comment