Afandi Sahari merupakan kawan baik aku masa mula-mula masuk UPM tahun 1981. Schoolmate dan classmate aku ramai yang ke sini seperti Aruah Bakar Kornain, Rosnah Manan, Aini Saleho, Azmi Zainal Abidin dan Yusof Ahmad. Bertahun-tahun aku mencari Afandi si budak Sarawak berbangsa Melanau ini. Boleh dikatakan hampir setiap kali aku ke Sarawak, aku akan belek Yellow Pages yang tersedia di laci hotel untuk cari nama dia tapi tak pernah jumpa. Entah macam mana akhirnya FB menemukan kami.... Hari ini, 24 Januari 2010 aku bertemu dia di LCCT. Walaupun singkat, pertemuan ini amat bermakna apabila dapat mengembalikan nostalgia masa zaman remaja. Orang rumah aku dan Irfan turut sama dalam pertemuan ini.
No comments:
Post a Comment