Sunday, January 31, 2010

Alamanda

BPL: MU menentang Arsenal

Malam ini dah pasti ramai yang akan terpaku di depan kaca tv menanti perlawanan dua pasukan ini. Kedua-dua pasukan ini memang merupakan musuh ketat. Bila sesebuah pasukan akan menentang sebuah pasukan yang lain, sudah pasti peminat pasukan lawan akan bersungguh-sungguh mengharapkan pasukan itu kalah. Namun bagi MU, sudah menjadi kebiasaan bukan setakat peminat pasukan yang menjadi lawannya akan mendoakan kekalahan MU malah penyokong-penyokong pasukan lain akan turut menyokong pasukan lawan MU. Malam ini sudah pasti, peminat Liverpool dan Chelsea terutamanya akan bersama-sama penyokong pasukan Arsenal mengharapkan kekalahan MU.
Apa-apapun aku menjangkakan perlawanan ini menarik untuk ditonton....

Ubi kayu

Semalam mula-mula aku bercadang nak sarapan roti canai. Dari tempat aku letak kereta, untuk aku ke gerai roti canai tu, aku kena lalu satu gerai ni. Sajalah jengah-jengah apa yang ada dijual kat situ. Tetiba mata aku terpaku pada ubi kayu rebus. Hmmm....nampaknya gerai roti canai tu kurang 2 pelangganlah. Memang sedap makan ubi kayu rebus dengan kelapa parut dan sambal tumis.
Pagi ni pulak orang rumah aku goreng ubi kayu...

Kat rumah sewa adik di Melaka

Adik (Zanaria) dah masuk tahun ke-2 di UiTM Melaka. Bila dah jadi senior, kenalah dia duduk luar. Rumah ni dia sewa kongsi dengan 2 lagi kawan lain. Bila dia orang dah siap cuci, Misah dengan mak bertolak dari JB untuk hantar barang-barang adik sebelum semester baru bermula. Aku dengan orang rumah dan Irfan dari Kinrara. Kita orang bertemu dengan dia orang di Masjid Al-Azim sebelum ke rumah sewa adik ni.
Masing-masing menolong bawak barang-barang naik ke atas.
Aku, Misah, orang rumah (Yani), Irfan, mak dan adik
Sempat Misah termenung

Saturday, January 30, 2010

Beli Belacan di Melaka

Selepas 29 Tahun....

29 tahun yang lampau
Afandi Sahari merupakan kawan baik aku masa mula-mula masuk UPM tahun 1981. Schoolmate dan classmate aku ramai yang ke sini seperti Aruah Bakar Kornain, Rosnah Manan, Aini Saleho, Azmi Zainal Abidin dan Yusof Ahmad. Bertahun-tahun aku mencari Afandi si budak Sarawak berbangsa Melanau ini. Boleh dikatakan hampir setiap kali aku ke Sarawak, aku akan belek Yellow Pages yang tersedia di laci hotel untuk cari nama dia tapi tak pernah jumpa. Entah macam mana akhirnya FB menemukan kami.... Hari ini, 24 Januari 2010 aku bertemu dia di LCCT. Walaupun singkat, pertemuan ini amat bermakna apabila dapat mengembalikan nostalgia masa zaman remaja. Orang rumah aku dan Irfan turut sama dalam pertemuan ini.

Wednesday, January 20, 2010

Main bola semula

Sekolah petang tadi patutnya Irfan main bola, tapi tak jadi. Dia dari malam semalam lagi dia dah siapkan baju dan kasut bola. Dia mintak izin nak pakai kasut bola merah, dan aku izinkan.
Petang bila balik dari sekolah agama, aku tanya dia macam mana main bola tadi. Lambat aje dia nak jawab, rupa-rupanya dia tak berpeluang untuk main. Lepas daripada tu, diapun terus lepas geram main kat rumah.... Atuk dan nenek dia jadi penonton.

Durian

Putrajaya

Lunch di Medan Selera Presint 9. Ke Alamanda. Ronda-ronda Masjid Putra, Masjid Besi, Monumen Alaf Baru, Jambatan, Rumah PM, balik

Monday, January 18, 2010

Kesian Nisa

Nisa ni anak Wan yang sulung. Dah Tahun 6 sekarang dia. Dia rupa2nya alergic pada udang, tapi tak tahan bila tengok udang masak lemak dan udang goreng. Bila dah mula makan, alahan diapun mula keluar.

Haziq Ilman

Sunday, January 17, 2010

Mak dan bapak

Mak, bapak dalam perjalanan ke sini. Dia orang berdua datang dengan Wan dan keluarganya. Tadi dia orang singgah Melaka nengok adik. Agaknya sekarang dah sampai Sungai Besi....

Saturday, January 16, 2010

Merarau jumpa Hazmen

Semalam aku dengan orang rumah merarau di Taman Warisan Putrajaya. Sedang aku sibuk membeli air tiba-tiba ada satu suara menegur aku dari arah penjual yang seolah-olah aku dapat duit balik lebih. Bila aku tengok orang tu rupa2nya si Hazmen Neazy, member lama masa kerja di KPM dulu. Sekarang dia di MAMPU. Lepas beli air aku terus makan dengan orang rumah. Tak lama lepas tu Hazmen datang dengan membawa ABC dia. Aku tanya mana makanannya? Dia kata, dia baru makan 2/3 suaptiba2 terasa nak minum air. Lau ditutupny makanan dia dgn tisu dan pergi beli air. Bila balik rupa2nya Minah Indon dah kemas semua makanan dia!

Wednesday, January 13, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR 2009 SSP

Lepas mesyuarat di PPD Sepang, aku terus menghadiri majlis ni yg tetamu kehormatnya ksu kpm tan sri dr zulkurnain hj awang. Tahniah Syam!

Monday, January 11, 2010

Hehe...kelakar bila Google buat kerja terjemahan

Posting sebelum ni, aku cuba terjemahkan ke Bahasa Inggeris dengan menggunakan kemudahan yang disediakan dalam blog ni. Cuba baca dan banding...
Visit Syam in SSP Evening we just three people to visit Syamira SSP. Before kat rumah tu sempat menjengah BB Salak Tinggi. Now Syria dahpun into Form 4. Tomorrow he will start school students received Form 1. He will receive adoptive brother. Message me on him, make sure he do not do things that he did not like the senior to him in Form 1 first. Time passed quickly correct any kind .... remember him into Form 1 at the school tu dulu. He Intake in the second and relatively Clumsy Form 1 students because other mutually recognize all dah. I also persuaded him long to adapt resilient. Finally alhamdulillah, now he is increasingly eager to school there. Papa wish Syria succeeded in education as well as helping siblings there to quickly adapt to living in a dormitory.

Lawat Syamira di SSP

Petang tadi kita orang bertiga ke SSP melawat Syamira. Sebelum tu sempat menjengah rumah kat BB Salak Tinggi. Sekarang Syam dahpun masuk ke Tingkatan 4. Esok sekolah dia akan mula menerima pelajar Tingkatan 1. Dia akan menerima adik angkat. Pesan aku pada dia, pastikan jangan buat perkara dia yang dia tak suka senior lakukan masa dia masuk ke Tingkatan 1 dulu. Cepat betul masa berlalu....teringat macam mana dia masuk ke Tingkatan 1 di sekolah tu dulu. Dia masuk dalam ambilan kedua dan agak kekok kerana pelajar Tingkatan 1 yang lain semuanya dah saling mengenali. Lama juga nak memujuk dia agar tabah menyesuaikan diri. Akhirnya alhamdulillah, sekarang dia semakin bersemangat bersekolah di situ.
Papa doakan semoga Syam berjaya dalam pelajaran di samping membantu adik-adik di situ agar cepat menyesuaikan diri dengan hidup di asrama.

Makan Stail Omputeh

Malam ni orang rumah aku masak stail Inggeris. Daging bakar dengan jagung dan lobak rebus. Tambah dengan french fries lak. Irfan dan orang rumah aku makan ayam bakar sementara aku lak kambing

Wednesday, January 6, 2010

So innocent, cute and obedient

Sepanjang 2 minggu ni diadakan program transisi pada pelajar Tahun 1. Dengan bilangan kelas Tahun 1 sebanyak 11 buah dan 300 lebih pelajar memang agak mencabar untuk mengawal mereka. Semalam sebelah pagi hujan turun, jadi guru yang mengendalikan sesi senaman pagi dan penerangan disiplin meminta mereka beralih ke dewan terbuka.
Setelah habis sesi senaman, guru tupun meminta pelajar-pelajar tadi duduk. Biasalah mereka akan diminta melakukannya mengikut kelas demi kelas. Baru aje dua kelas diminta duduk, tiba-tiba guru ni tersedar baju murid perempuan akan kotor kalau terus mereka duduk. Maklumlah budak-budak, rata-rata dia orang masih lagi tidak mengambil berat mengenainya. Baju pulak masih putih melepak, lantas guru ini terus memberi arahan tambahan. Arahannya berbunyi lebih kurang begini "Murid-murid perempuan, sila angkat baju sebelum duduk".
Budak-budak ni memang patuh arahan cikgu. Mungkin ada yang tahu rasional arahan tu dan mungkin juga ada yang tak tahu. Tapi sekurang-kurangnya masih tindakan itu dapat 'menyelamatkan' pelajar-pelajar perempuan. Tapi dalam pada itu, tiba-tiba kita perasan ada seorang budak perempuan ni ikut sama mematuhi arahan tersebut. Kita orang taklah terfikir yang dia akan ikut arahan tu sebab dia pakai pinafore! Sedangkan arahan tu sebenarnya ditujukan kepada murid perempuna yang berbaju kurung. Jadi kau orang bayangkanlah apa yang terjadi ....

birthday orang rumah

Monday, January 4, 2010

Sesi Persekolahan Baru

Hari ini adalah hari perama sesi persekolahan 2010. Pagi-pagi lagi Irfan dah bersiap dengan pakaian dan beg serba baru. Persediaan untuk sekolah agama diapun dah disiapkan.
Akupun tidak ketinggalan sibuk untuk memulakan sesi persekolahan di sekolah baru aku. Inilah kali pertama aku memulakan tugas di awal tahun di sekolah ini. Sekolah yang saiznya agak besar dengan kira-kira 2000 orang murid dan 128 orang guru.