Kita orang berempat balik Johor rumah orang tua - balik hujung minggu aje sebab orang rumah aku tak boleh cuti rehat selama 28 hari mulai 1 jun sewaktu bertukar kerja ke kklw. Aku pulak dah siap2 cuti seminggu sebab kalau ikut rancangan asal kita orang akan ke melaka 2 malam dan johor 3 malam. Tapi apa boleh buat....dah bukan rezeki. Bila balik hujung minggu, kena balik semula ke Kinrara awal sebab syam kena balik ke ssp sebelum kul 2 petang. Hmmmmm...mana dia nak iron baju, kemas baju, cari groceries dll memang tak cukup masa kalau balik pagi Ahad. Jadi ada tak ada, baliklah kita orang malam Sabtu.
2 comments:
Min,
Sorrylah kerana aku tak jadi ke Kota Tinggi. Kalau tak mesti boleh pi pekena mee rebus Stulang tu.
Selamat bercuti Min.
Akupun tak sempat nak makan mee rebus tulang kat JKR tu....kalau kau ada, mungkin pekena juga kot. haha saja aje bagi kau rasa bersalah
Post a Comment