Tuesday, April 28, 2009

Selera Putra Untuk Siapa?

Selera Putra yang terletak di Presint 1, bersebelahan dengan Masjid Putra sememang terletak di lokasi yang strategik bagi mereka yang ingin melihat pemandangan yang menarik. Pemandangan di sini mungkin telah dirakam mungkin berjuta-juta keping gambar oleh pelbagai jenis masyarakat dari dalam dan luar negara sejak ia mula beroperasi - kalau tak silap aku sekitar tahun 2001. Aku sebenar dah lama sangat tidak ke sini. Mungkin dah hampir 3 tahun. Sekarang ni kedai-kedai yang ada dulupun rupa-rupanya dah bertukar. Yang dulu ada tapi sekarang ni dah tak ada ialah seperti San Francisco Coffee, Sweet Corn & Cut Fruits dan Teppanyaki & Noodle Corner. Masih ada beberapa kedai yang masih kosong. Dulu masa aku bertugas di SK Putrajaya 2 dari hujung tahun 1999 hingga 2004, kerap juga aku bawa tetamu sama ada dari dalam mahupun luar negeri menikmati makanan dan pemandangan di sini. Saudara-mara atau kawan-kawan yang datang dari jauh pun boleh ajk beramai-ramai makan kat situ sebab harga makanannya tidaklah terlalu tinggi berbanding dengan kedai-kedai biasa. Namun selepas hampir 4 tahun aku tidak ke situ, hari ini aku terperanjat beruk bila tengok harga makanan dan minumannya. Mee sepinggan RM10.99 dan ABCnya pulak RM8.98! Mak datuk! Tak cukup dengan harganya yang tinggi, kena service charge lagi 10%. Hmmmm...kalau tak silap aku sekitar 400 premis seluruh negara kedai makanan yang dibenarkan mengutip service charge ini. Kedai2 yang dibenarkan ini sememangnya ada ciri2 tertentu yang menyebabkan ia boleh mengutip SC. Jadi kalau harganya yang tinggi macam tu, dah tak mampulah nak bawa ramai-ramai makan kat situ. Akhirnya hanya pelancong luar negara yang kaya-kaya ajelah yang mampu menikmati makanan dan pemandangan di situ. Kita yang biasa-biasa aje ni mampu juga...tapi mampu menikmati pemandangannya ajelah. Selera Putra untuk siapa?

2 comments:

HBM Consultant said...

Oh, baru saya tahu rupanya harga makanan di situ dahulunya tidak mahal. Seingat saya, sejak saya mula menjejakkan kaki ke situ, harga barang dan makanannya memang macam emas!

Justeru setiap kali membawa anak-anak main basikal di laman depan masjid (biasanya sabtu malam ahad), saya akan masak dan bawa bekal dari rumah. Kemudian kami akan 'berkelah' sesuka hati di dataran putra! hehehehe

Sukimin said...

Idea yang bagus masak sesiap dan berkelah sekeluarga....