Tuesday, April 28, 2009
Champions League: MU vs Arsenal
Nampaknya Pak Din memang dah tak sabar-sabar nak menyaksikan game ini sampaikan dia fikir malam/pagi ini. Sebenarnya game tu malampagi esok (Khamis) dan game malam/pagi ini ialah di antara Barcelona dengan Chelsea.
Setakat ini lokasi menonton adalah di Restoran As-Subuh, Saujana Puchong. Kalau dari Putrajaya/Bangi/Kajang kena menghala ke LDP. Lepas tol jalan terus dan bila nampak stesen minyak BHP di sebelah kiri (di seberang jalan sebelah kanan ialah Petronas) himpit kiri kerana nak naik flyover untuk buat u-turn. Lepas u-turn jalan terus sampai Petronas dan depan sikit ada apartment (kegunaan student Lim Kok Wing) sebelah kiri yang berwarna pink, biru, hijau lembut. Lepas apartmen ni belok kiri menghaa ke Saujana Puchong/Mutiara Indah/IJM. Jalan terus hingga kat hujung jalan ia akan membelok ke kanan. Jalan terus lagi akan nampak Mutiara Indah di kiri dan ke haapan lagi akan nampak apartmen rumah kedai di kiri. Masuk ke kiri (nampak Supermarket 99) dan terus belok ke kanan. Kat hujung jalan tu ialah Restoran As-Subuh. Kalau ada perubahan venue, akan dimaklumkan.
Jangan lupa pakai baju MU dan Arsenal. Bagi peminat Liverpool bolehlah pakai baju apa-apa pun. Harap Raj, Abang, Idahap dapat join sama. Elias jangan lupa pakai baju MU (hehe).
Efy dan Pak Din, jumpa di sana!!!!
p/s Pak Din! Anom pun pakai baju Arsenal ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Wah, nampak macam boleh tumpang sekaki aje ni, hehehe... Tapi saya dan suami susah la nak dapat peluang keluar malam sebab anak-anak kami jenis yang tidur awal. Kalau hari sekolah, pukul 8.30pm rumah sudah sunyi. Kalau musim cuti sekolah, 9.30pm anak-anak dah masuk tidur! huhu..
Ha kalau ada peluang ajaklah husband tu datang sekali memeriahkan perlawanan tu.... p/s dia sokong team apa?
Hehehehe... tak dapat datang la.. errmmm, rugi tak datang sbb husband sokong Arsenal! kalau tak, boleh makan free...
Post a Comment