Friday, September 25, 2015

Selamat Hari Raya Haji

Babai..... Yaya balik dulu

Sepupu - Syamir dan Iriss

Belasah kek coklat

Masing-masing sibuk main

Wednesday, September 9, 2015

Pn. Tee Lee Feen Dalam Kenangan

Pn. Tee Lee Feen telah meninggal dunia pada 9 September 2015.  Mendiang merupakan seorang guru yang sangat rajin dan bertanggungjawab.  Aku mula mengenalinya masa aku ditukarkan menjadi Guru Besar di SK Telok Pulai, Klang.  Di merupakan orang kuat Panitia Sains dan Setiausaha Peperiksaan.  Pak Hamid dan cikgu Mat (Mohamad Hj. Napis) merupakan orang yang rapat dengannya kerana dia ni suka sangat dengan kerja-kerja menanam.  Projek hidroponik sekolah juga merupakan inisiatif dia yang memberi peluang kepada guru dapat membeli sayuran sihat dengan harga yang murah.  Banyak sumbangan dan jasa dia kepada sekolah.

Dia akhirnya menjadi rakan sejawatan aku apabila dilantik menjadi Guru Besar di SK St Annes Convent Pelabuhan Klang.










Konvenyen Pendidikan Negeri Selangor di Langkawi April 2015
Bersama bekas SK Telok Pulaiyang kini semuanya sudah menjadi Guru Besar




Saturday, August 8, 2015

08.08 - Ulang Tahun Perkahwinan

 08.08.08 - 08.08.15: Tujuh tahun sudah berlalu hidup bersama Nooriyani Ngaderi. Syukur Alhamdulillah.





Friday, July 3, 2015

Durian

Memang sedap sungguh durian ni.  Biasalah sikit aje butir ulasnya walaupun harganya mahal.  Fikirkan yang baik-baik, bagus juga mahal jadi taklah makan selalu. Tinggi kolesterol tu!!



Pisang Goreng


Alhamdulillah! Puas makan pisang goreng pada bulan puasa. Pisang Abu sumbangan jiran setaman memang sedap dan bersaiz besar. Kalau beli di gerai mahunya sepotong ni harganya RM0.70

16 Ramadan

Hari-hari mintak lauk lala
Gaya Syamir bersahur. Dapat lauk dan buah pevret Lala dan Strawberi sampai makan penuh nasi kat pipi.

Selamat berpuasa!

Thursday, July 2, 2015

Hari ini sebelum hantar budak-budak

'Dora' dukung belakang
Abang Syamir 
Kami

Durian Oh Durian

Orang rumah teringin makan durian kawin.Bekalan dari member tak ada stok, terpaksalah ke depan Maybank.  Dapat durian IOI RM10/kg.


Aircond pulak nak bermanja

Pagi ni bila bawa kereta terasa hangat, pendingin hawa macam tak berfungsi.  Tengah hari selepas tamat taklimat di PPD ambil kesempatan hantar ke bengkel kereta untuk diperiksa.  Ingatkan cuma habis gas, tetapi rupa-rupanya memang sah rosak. Dah dekat raya ni pandai pulak dia meragam. 



Friday, June 5, 2015

Mendaftar Akaun Google

Create your Google Account

Sila klik di sini (https://accounts.google.com/SignUpWithoutGmail) untuk anda mendaftar akaun Google tanpa menggunakan gmail.


  1. Sekiranya akaun e-mel anda ialah @gmail.com maka automatik ia di bawah Google. Begitu juga dengan @yes.my, tidak 
  2. Jika akaun lain seperti yahoo, hotmail, moe.gov.my dsb maka perlulah mendaftar alamat e-mel tersebut untuk mendapatkan akaun Google.
  3. Sebaiknya password yang akan digunakan di sini biarlah berbeza daripada password alamat e-mel bagi meningkatkan keselamatan dari segi satu password, banyak akaun.  Namun memandangkan ramai yang akan keliru atau lupa kelak, maka gunakanlah password yang sama dengan alamat e-mel tersebut.




One account is all you need

A single username and password gets you into everything Google.

Take it all with you

Switch between devices, and pick up wherever you left off.