Di kesempatan cuti rehat ni, akhirnya dapatlah aku uruskan memasukkan duit simpanan Irfan ke bank. Irfan masa tinggal dengan aku, memang aku latih dia simpan duit belanja harian dia. Rajin dia simpan. Kalau dah banyak biasanya aku akan bawa dia ke bank dan dia akan masukkan sendiri duit-duit tu. Suka melihat raut wajah suka dan bangga dia tiap kali ke bank. Tetapi untuk simpanan dia kali ini, memang tak sempat untuk uruskannya pasal semuanya berlaku begitu pantas.
Aku jumpa dua tempat simpanan dia iaitu di peti 'harta karun' dan bekas berbentuk hati.