Thursday, June 20, 2013

Friday, June 7, 2013

'Panggil EGM'

'Panggil EGM'

 Mohamad Zulfaizan Mansor | bhsukan@mediaprima.com.myCetak
'Panggil EGM'Annuar Musa
Sudah tiba masanya soal pertikaian dalam FAM dibincang secara serius

Kota Bharu: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mencadangkan ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan usul supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi menyelesaikan isu berbangkit. 

"Ahli gabungan harus berani bersuara. Saya cadangkan supaya ahli gabungan mengemukakan usul supaya satu EGM dipanggil mengikut peraturan sedia ada. 
"Isu penting yang menjadi pertikaian dibawa ke EGM secara teratur dan ahli boleh putuskan segala dasar secara kolektif. 


"Hanya dengan cara itu kita boleh menentukan agar FAM melaksanakan arahan EGM lagipun kongres FAM akan diadakan tidak lama lagi," katanya menerusi laman sosial Facebooknya, semalam. 

Kewibawaan FAM sebagai badan induk bola sepak negara semakin tercalar selepas dikritik hebat beberapa pentadbir sukan termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, baru-baru ini. 

Khairy mempertikaikan keputusan FAM memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) bagi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA, selepas persatuan itu gagal menangani aspek keselamatan ketika aksi yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, pada 28 Mei lalu. 

Semalam, Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pula memberi kritikan pedas kepada FAM. 
Antaranya Tunku Ismail berkata FAM gagal memberi layanan adil kepada gabungan, tidak membenarkan persatuan dan individu menyuarakan pendapat, selain membuat keputusan dan mengubah peraturan sewenang-wenangnya. 

Annuar berkata, kongres biasanya dikendalikan mengikut agenda dan kemahuan urusetia, justeru EGM adalah cara terbaik kerana hanya memerlukan persetujuan satu per lima daripada anggota gabungan dalam membahaskan usul. 

"Masanya sudah tiba soal FAM dibincang secara serius dan jika terus berdepan dengan polemik ia tidak ke mana...pada saya bola berada di kaki ahli gabungan dan sudah tiba masanya untuk kita menjaringkan gol," katanya. 

Annuar yang juga bekas Timbalan Presiden FAM turut menyokong kenyataan Tunku Ismail yang menegaskan bola sepak negara tidak akan berubah sekiranya FAM sendiri tidak melakukan perubahan. 

"Hari ini TMJ sekali lagi meluahkan perasaannya. Saya dapat memahaminya kerana saya sendiri dan Kelantan pernah melalui episod yang sama. 

"Beliau adalah Presiden PBNJ yang juga ahli gabungan FAM. Bagi saya beliau berhak untuk bersuara,” katanya. 

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. 

"Ribuan maaf saya tidak hendak membuat apa-apa komen," katanya.

FAM perlu berubah!

FAM perlu berubah!

Cetak
FAM perlu berubah!Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Mutu bola sepak negara perlu diberi keutamaan

Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan berdasarkan keadaan semasa dalam Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mutu bola sepak negara tidak akan berubah.

Beliau berkata demikian kerana FAM dilihat gagal memberi layanan adil kepada gabungan, tidak membenarkan persatuan dan individu menyuarakan pendapat, selain membuat keputusan dan mengubah peraturan sewenang-wenangnya.

FAM juga lebih gemar mengundang pasukan luar seperti Chelsea untuk beraksi di negara ini tetapi mengabaikan pembangunan bakat baru daripada kalangan belia dan hal-hal kritikal berkaitan bola sepak negara.


“Mungkin 20 tahun daripada sekarang pun, kita akan menghadapi kemelut yang sama jika keadaan semasa ini tidak diperbaiki,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebagai contoh, katanya ketika beliau dikenakan tindakan penggantungan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), beliau dimaklumkan tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang.

Beliau berkata, segala hukuman dikatakan akan dijatuhkan oleh Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM.

Bagaimanapun, katanya dalam kes Pahang menentang Johor Darul Takzim (DT) ketika aksi separuh akhir Piala FA, hukuman dijatuhkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.
“Kita juga tidak diberikan ruang membuat sebarang rayuan atas denda itu. Pada saya, ia bukanlah soal kewangan, tetapi soal keadilan dalam layanan terhadap persatuan bola sepak.

“Ini jelas menunjukkan bahawa FAM boleh membuat keputusan dan mengubah peraturan sewenang-wenangnya,” kata Tunku Ismail.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

7 SKIL PENTING UNTUK SETIAP POSISI PEMAIN BOLASEPAK





1-PENGUASAAN KAWALAN BOLA

LATIHAN PERTAMA – Kawalan Bola
Dalam setiap perlawanan, kemampuan mengawal bola adalah faktor penting dalam memastikan jaringan. Kawalan bola adalah skil pertama yang perlu anda kuasai.

Bagaimana untuk melakukan Henti Pusing
Henti pusing dilakukan ketika larian pada kelajuan penuh, dengan memastikan bola masih dalam permainan sebelum bola melepasi garisan keluar – dan melakukan pusingan secara pantas.





2-PENGUASAAN HANTARAN
LATIHAN KEDUA – Hantaran
Hantaran membantu memastikan bola dibawa ke kawasan lawan lebih cepat dan mengurangkan risiko bola dirampas. Bahagian tepi kaki (di bahagian dalam) memberikan ketepatan tinggi untuk hantaran tetapi kurang berkuasa dan memudahkan permainan anda dibaca. Skil ini adalah berkesan untuk hantaran pendek.

Bagaimana melakukan hantaran rendah?







3-PENGUASAAN TANDUKAN
LATIHAN KETIGA – Tandukan
Kemampuan menanduk bola adalah penting – tidak kira apa juga posisi anda di padang. Bahagian dahi adalah paling selamat dan efektif untuk tandukan, jadi pastikan anda berada dalam posisi terbaik dan lakukan tandukan pada saat yang tepat.

Bagaimana melakukan Tandukan Menyerang?













4-PENGUASAAN REBUTAN

LATIHAN KEEMPAT – Rebutan & Halangan
Apa juga posisi anda, anda perlu tahu merebut bola demi mengawal permainan.

Bagaimana melakukan rebutan menggelincir?










5-PENGUASAAN REMBATAN

LATIHAN KELIMA – Rembatan
Melakukan jaringan adalah objektif sebenar perlawanan dan ia adalah bahagian paling dinanti dan bermakna. Untuk menjadi penjaring yang merbahaya, anda mesti mampu melakukan rembatan.

Bagaimana merembat dengan kuasa dan ketepatan?









6-PENGUASAAN MENJAGA GOL

LATIHAN KEENAM – Menjaga gol
Penjaga gol perlu sentiasa bersedia untuk bertindak pada bila-bila masa, terutamanya apabila terpaksa menunggu terlalu lama sebelum berhadapan serangan seterusnya. Konsentrasi adalah faktor utama, dan penjaga gol perlu berada dalam keadaan bersedia.

Bagaimana melakukan tangkapan ke badan?






7-PENGUASAAN GERAKAN BERKUASA
LATIHAN KETUJUH – Gerakan berkuasa
Gerakan berkuasa ini dapat membantu meningkatkan skil dan memberikan anda kelebihan kompetitif di atas padang.

Bagaimana untuk memperdayakan pemain lawan?








Dipetik dari laman web TM