Aku mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta memohon ampun dan maaf terhadap kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi perbuatan, tuturkata mahupun penulisan. Semoga kita mendapat keberkatan daripadaNya.


Beg dah siap dipacking, baju rayapun dah digosok oleh orang rumah aku. Tahun ini warna tema baju raya di keluarga sebelah aku ialah jingga (oren) sementara di sebelah keluarga orang rumah aku pulak warna merah jambu (pink). Hari raya pertama aku akan berada di Shah Alam dan Banting iaitu keluarga sebelah orang rumah aku. Awal pagi raya kedua aku akan bertolak dari Banting ke Johor Bahru. Sekejap lagi aku nak masukkan duit raya pulak ke dalam sampulnya.
Aku hari ini berbuka puasa berdua aje. Mula2 ingat nak buka di IOI, tapi terpaksa cancel sebab kena tunggu dalam pizza hut tu dari pukul 5.30 ptg. So lepas beli kasut org umah aku kat jusco tu, terus gi beli juada sahur di kem kinrara. Pastu terus ke giant. Nasib baik ada satu meja kosong terus je book. Tapi masa lagi 4 minit buka (7.08 pm), tau aje la pizza ni kan lambat sikit. So aku beli air kotak utk buat buka awal. Ni dah kul 7.25, aku masih tgu mknan sampai. Ada wifi servis, bolehlah nokia e51 surf internet.
Tadi pelajar kelas aku mengadakan majlis tu bersama pensyarah. Gambar ni aku dengan penghulu En. Ismail Supandi.
Hari ini setiap kali aku melihat baju sekolah Irfan yang tergantung rapi di ruang tamu membuatkan hati aku amat sayu. Baju sekolah kebangsaan dan KAFA yang sudah disiapkan oleh isteri aku tergantung tanpa dipakai oleh tuannya. Begitu murah ego yang mengorbankan pengajaran dan pembelajaran Irfan hari ini - RM3.20! Ego yang datangnya dari seseorang yang mendakwa dirinya terpelajar, berpelajaran tinggi dan pakar motivasi. Mangsa ego yang berharga RM3.20 itu tidak lain dan tidak bukan ialah anak kecil yang sepatutnya dapat belajar dan bergelak ketawa bersama rakan sekelasnya. Apakah ertinya jika engkau membanggakan pakaian kau yang berjenama, pakaian kau yang sedondon, pakaian kau yang matching dari hujung rambut ke hujung kaki andainya jauh di sudut hati kau tidak ada sekelumit perasaan belas ihsan melihat anak kecil yang sepatutnya bersekolah ditinggalkan keseorangan di rumah.
Skrg kat astro ria tgh main citer ni. Aku tak pernah tgk penuh. Tapi sejak lecturer Dr. Love cerita pasal pengarahnya, yasmin ahmad, tetiba teringin nak nengok smp abis lak. Tadi montaj awal pembukaan citer ni pun so cute. Dia guna coretan pen melukis dan menulis ttg pelakon dan kru filem ini.
Yasmin Ahmad ni sama flight dgn aku masa ke Bali hari tu. Dia berbaju kebaya dan dgn beberapa org lg yg aku rasa kru dia. Salah sorang dr nya duduk sebelah aku. Masa aku balik, yg duduk sebelah aku tu pun balik sama. Yasmin ni tak sombong, keep smiling pd org. Hmm...boleh tgk smp abis ke kali ni?
Lepas tu seperti biasa kalau ada Irfan di Alamanda ni, mesti kena beli Famous Amos dia. So belikanlah untuk dia dan bekal untuk Syam dan Ira.
Esok kita org jemput my in law buka kat umah. So kena beli barang nak masak untuk esok. Mana lagi kalau tak kat giant kinrara.
Hujung minggu lepas, kita berdua sempat ke Sri Serdang untuk mencari juadah berbuka. Banyak gerai, banyak jenis juadah dan ramai yang mengunjunginya. Harga di sini murah berbanding di kinrara. Kueh semua tempat rm1 untuk 3. Memang Happening!
Hari ini kita bertiga insyaallah akan buka di johnny alamanda. Dah lama tak makan steamboat. Rabu lepas kita org cuba juga ke situ, tapi tak dapat sb fully booked. So hari ni kita org book thru phone, itupun dapat seat kat luar.
Setiap kali aku ke kuliah, bila tiba hari Jumaat dari UKM aku akan ke sekolah untuk ambil Irfan waktu dia balik sekolah. Masa bukan bulan posa, aku uruskan makan dan pastikan dia pergi solat Jumaat. Tapi dalam bulan posa ni cuma uruskan solat jumaat je. Tadi aku pergi jemput dia dgn org rumah aku. Kali ni aku park keta kira2 158m dr pintu pagar. Aku mintak dia jalan ke kereta, dia kata tak boleh. Bulan posa, letih. Jadi kenalah org umah aku jemput dia. Habis solat aku anta org umah balik ke ofis dia dan aku ke UKM semula. Irfan ke KAFA dengan kak izan dia.
Managed to make sure he finish his homework-science & jawi. My wife help him after she came back from her 'buka puasa' at ioi rst. Back from sending my son to his mum (meeting point is at IOI), received a phone (11.15 pm) call from my second daughter, Syamira. She has qiamullail this weekend so she need to 'export/import'. During my day in hostel, no such vocabulary in our dictionary.
Aku tiap hari periksa beg anak aku. Sama ada tengok kot2 ada homework atau ikut jadual waktu dia - sekolah dan KAFA. Mula2 sikit je gambar2 yang dia lukis, tapi makin lama makin banyak lak. Tapi apa2pun masa kat imigresen tu hari masa buat pasport dua anak aku, ada seorang budak perempuan cina sanggup pindah tempat duduk dari belakang ke sebelah anak aku ni semata2 nak tengok dia lukis Ben10.
Hari pertama waktu break aku menghala ke Kajang nak cari tempat cuci kereta. Punyalah kotor kereta aku, sampai kaler hitampun dah macam gold. Dalam perjalan tu, aku tersangkut kat kesesakan lalulintas akibat kemalangan ini. Ia berlaku betul-betul di depan pintu pagar bangunan sekuriti UKM.
Aku pergi melawat dia dgn orang umah aku petang tadi. Irfan tak nak ikut (guessla why). Ceria je dia. Aku bwk air kotak susu coklat dgn oreo spt yg dipesan melalui telefon pagi tadi. Hostel dia lenggang aje sebab ramai yang pergi bazar ramadhan di putrajaya. Bas sekolah ssp yang membawa dia orang. Tapi anak aku ni tak keluar sebab kata dia, lesen keluar dia kena tarik 1 kali akibat balik lambat ke hostel lepas cuti pertengahan penggal yang lalu. Balik lambat sebab gi Gold Coast!
Tapi jangan salah sangka, gambar ni diambil sebelum bulan posa. Setakat ni dah 3 hari posa Irfan masih cukup. Dia ni dah mula posa penuh sejak berumur 6 tahun lagi.