Monday, June 30, 2008

Sumber Tenaga Baru

Para saintis masih bertungkus lumus mencari sumber tenaga baru bagi menggantikan emas hitam. Andainya ia ditemui dan kosnya jauh lebih murah daripada minyak, sudah pasti akan berlaku satu revolusi. Kalau kita masih ingat bagaimana pada suatu masa dahulu, getah pernah menjadi satu bahan yang amat berharga. Sebutkan sahaja benda-benda yang menggunakan getah. Pada masa itu, pekebun getah memang kaya-raya. Aku masih ingat satu cerita dalam buku teks di sekolah rendah. Kisah ni berlaku di Brazil. Brazil beriklim khatulistiwa serupa macam Malaysia. Bezanya cuma orang Malaysia tak berapa handal macam orang Brazil main bola (oppsss...lari tajuk lak). Pekebun getah di sana memang banyak duit. Sampai tak tahu nak buat apa dengan duit tu. Jadi adalah satu mamat ni dia beli kereta. Kereta masa zaman tu memanglah mahal. Maklumlah teknologi baru. Apa yang mamat ni buat setiap pagi ialah menghidupkan enjin kereta dia. Nak jalan tak boleh pasal tak ada jalanraya! Begitulah kayanya penoreh getah. Masa dulu-dulu selalu aku dengar yang Amerika mempunyai tangki simpanan getah. Dia beli, dia simpan. Beli, simpan. Duit banyak so dia orang berjaga-jaga agar bekalan getah agar tidak terputus kerana mereka bukannya pengeluar. Bila stok simpanan mereka banyak, mereka boleh mengawal harga pasaran dunia.
Kemudian datanglah 'malapetaka' kepada negara pengeluar getah apabila teknologi menghasilkan getah tiruan dijumpai. Harga getah jatuh merudum dan penoreh getah sudah tidak semewah dulu.
Hmmmm...berdasarkan kes seumpama ini, mungkinkah akan ada petrol tiruan? Belanja kerja-kerja di sektor huluan bukannya murah (cari gali minyak). Jadi andainya ada petrol tiruan, tak payah lagi membelanjakan kewangan di sektor huluan lagi.
Di samping itu antara sumber-sumber tenaga lain yang ada ialah Radiant Energy, Permanent Magnets, Super-Efficient Electrolysis dan Cold Fusion. Baru-baru ni di California dia orang ada lancarkan sumber tenaga dari hidrogen. Ada stesen pam hidrogen dan kereta berkuasakan hidrogen. Ia jauh lebih murah!
Solar macam mana? Angin (teringat kincir angin kat Belanda)?

Euro 2008: Sepanyol Juara!

Akhirnya Sepanyol mencatat sejarah apabila menewaskan Jerman 1-0 untuk menjadi juara Euro 2008. Gol dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit ke-32. Dengan kejuaraan ini Sepanyol telah mengakhiri kemarau 44 tahun tanpa sebarang kejuaraan utama. Kalau tak silap aku coach dia Aragones tu dulu adalah player Sepanyol pada tahun 1964. Hmmm... Malaysia bila eh nak menang pertandingan besar macam tu? Tekaan aku Sepanyol menang betul tapi salah dari segi jaringan. Raj lak betul dari segi jaringan tapi silap pasukan.

Sunday, June 29, 2008

Euro 2008: Final - Tengok ke aku ni?

Malam ini akan berlangsung perlawanan akhir antara Jerman dengan Sepanyol. Kalau ikut sejarah memang Jerman dijangka akan menang. Namun bola itu bulat dan kalau diikutkan prestasi antara dua pasukan ini sejak perlawanan kumpulan hinggalah separuh akhir aku rasa Sepanyol berpeluang besar untuk menang. Cuma mungkin top scorer dia, David Milla tak boleh turun malam ni sedikit sebanyak melegakan Jerman. Tapi dia orang ni kekadang main perang psikologi...mula-mula kata tak main tapi bila submit nama.tup-tup player yang digembar-gemburkan tak main tu tersenarai dalam 1st eleven. Biasalah tu, taktik mengelirukan lawan. Apa-apapun aku rasa 3-1 Sepanyol menang.
Aku sebenarnya taklah excited sangat nak tengok sebab dua-dua team pun aku tak minat. Tapi for the sake of the game, boleh juga tengok.
Raj SMS aku pukul 8.06 malam tadi "German wins! One goal". Boleh caya ke Raj kali ni.

Perkhemahan Sekolah

Masa aku melawat khemah kat padang ni, student aku ni request nak bergambar sama.

Irfan Blood Test at DEMC

Friday, June 27, 2008

Russia vs Spain

Ended with goaless for the 1st half. Quite bored tie game. Spain has a lot of chances to lead

Thursday, June 26, 2008

baju batik setiap Khamis

Bosan Menunggu Siaran

aik bila sambung siaran pada minit ke 87 dah 2-2. Lepas tu German score Lahm minit ke 88, tup tergendala lagi minit ke-89. Tengok je la Paul dan Shebby pastu. Rasanya habis dah game ni skrg 4.36 pg

petro kiosk mogok hari ni?

semalam ada member beritau hal ni. Aku check kat internet tak jumpa lak sumber rasmi yg boleh aku percayai. Tapi apa2pun memang tangki minyak kosong masa hantar dokumen pd dr izham, langsung aku isi ful5 tanj

dinner kat giant

Game German laawn Turkey

Tengah aku syok2 tengok tetiba siaran tergendala lak kul 4 pg. Masa tu tengah 1-1 dalam separuh masa kedua. Gol Turki score dulu minit ke-22, German balas 4 minit kemudian. Tergendala lagi kul 4.20

Sunday, June 22, 2008

Lunch with Syam

Syam outing minggu ni. Biasanya kita orang akan bertiga dengan Irfan sekali tapi sebab Irfan ke Terengganu kali ni aku berdua je dengan Syam. Seperti biasa dia akan basuh semua baju dia kat rumah. Sementara baju dibasuh kita orang makan tengah hari kat Giant Kinrara. Lepas tu seperti biasa beli groceries Syam. Hantar balik dia ke asrama cepat pada minggu ni sebab ada program di KL.

Visit Syam

In a minute I'll drive to SSP to visit my daughter - Syamira. Today is her outing day and I'll bring her to get some groceries in nearest shopping complex. Hope we can finish it before 2 coz I have an appointment in KL at 3 pm.

Euro2008: Tewas akhirnya si Oren

Pasukan paling favourie (dlm Euro2008 ni aku minat 3 pasukan iaitu Holland, Itali dan France) aku, Holland akhirnya tewas juga di tangan Russia 1-3. Tewas dalam extra time setelah seri 1-1 pada separuh masa kedua. Hahaha ramalan aku pasukan yang lawan kat final langsung meleset. Dua-dua team dah pun bungkus - Holland dan Portugal. Setakat ni apa yang Raj ramal asyik betul je..... Semalam dia kata Turki, Russia dan Spain akan menang. Setakat ni dah 2 yang dia teka betul. So sekarang tinggal Itali ajelah sekarang ni yang aku minat. Hmmmm...mungkin juga boleh mula sokong Turki....hehehe. Tapi dia akan lawan German (pasukan yang aku tak pernah suka) dengan 7 pemain utama (kalau tak silap) yang tak boleh diturunkan. Boleh ker?

Saturday, June 21, 2008

Membosankan Tapi Akhirnya Mendebarkan!

Aku baru je habis tengok match Croatia lawan Turki. Terbangun dalam pukul 4 lebih dan terus tengok dalam keadaan mengantuk. Masa aku tengok game dah masuk ke masa tambahan dan kedudukan 0-0. Membosankan kerana Turki bermain secara defensive kerana kalau ikut atas kertas memang Croat boleh menang mudah. Akhirnya dalam minit ke 119, keadaan yang mendebarkan bermula apabila Craotia berjaya menjaringkan gol! Masa tinggal 1 minit dan lepas tu ditambah dua minit masa kecederaan. Jurulatih Croatia dan peminat-peminat Croatia yang berbaju biru sudah begitu gembira membayangkan mereka akan ke separuh akhir. Di pihak yang satu lagi, kelihatan penonton berjersi merah dalam keadaan muram mengenangkan nasib bakal tersingkir dalam masa 2 minit terakhir. Namun pemain berjersi merah terus bermain. Rasanya memang tak ada yang beri harapan yang Turki boleh menyamakan kedudukan. Entah macam mana pada saat-saat terakhir tiba-tiba Semih berjaya menjaringkan gol. Aku tabik semangat pemain Turki ni. Dalam perlawanan kumpulan, tiga kali dia orang ketinggalan tapi boleh memenangi game dua daripadanya iaitu masa lawan Switzerland dan Republic Czech.
Bila dah terikat seri 1-1, masuklah ke penentuan dengan tendangan penalti. Masa tu aku menjadi semakin berdebar sebab tetiba teingat game final Champions League 22 Mei yang lalu (masa tu aku tengok kat Bandung) antara MU dengan Chelsea. Aku teringat sebab kebetulan warna jersinya sama iaitu merah dengan biru. MU merah, Chelsea biru masa tu. Maa ni lak Croatia biru dan Turki merah. Teruslah teringat Raj dan Kashfi sebab budak berdua ni lah yang tengok game MU-Chelsea masa kat Bandung. Aku hantar SMS, Raj cepat je balas. Tapi si Kashfi ni agaknya tepon dia rosak lagi sebab tu tak balas (jangan marah Fi!).
Saat mendebarkan berterusan bila tendangan penalti pertama tak masuk oleh pemain Croatia - tersasar sedikit di sebelah kiri pintu gol. Jarang dalam game peringkat tinggi tendangan penalti yang pertama tak masuk. Pastu pemain Turki lak tendang - masuk. Croat tendang masuk, Turkish tendang masuk, Croat tendang tersasar lagi si sebelah kanan. Pelik juga sebenarnya. Sambung balik Turkish tendang masuk. So dah 1-3, dan tinggal 2 sepakan lagi bagi setiap pasukan. Croat tendang, tak masuk! Penjaga gol gantian Turki berjaya menepis bola yang disepak di sebelah kiri pintu gol. The game is over! Ini merupakan kali ketiga Turki memenangi perlawanan setelah ketinggalan. Pastu aku nampak coach Croatia memeluk coach Turki - memang tinggi dia punya semangat kesukanan.
So akhirnya Turki berjaya menempatkan dirinya menjadi 4 pasukan terbaik Eropah. Dia akan lawan German dalam perlawanan separuh akhir nanti. Boleh ke dia menjadi macam Greece masa Euro2004? Tak mungkin aku rasa. German ni pasukan lambat panas, macam juga Itali. Saat ni dua-dua pasukan tu dah mula panas dan kalau ikut Raj, Jerman dan Itali akan masuk final. Wait and see....
Esok Belanda lawan Russia! Kena tengok full game.....

Wednesday, June 18, 2008

Rajin anak aku ni buat homework

Ni Irfan tengah bersungguh-sungguh buat homework kat ofis aku. Mula-mula dia buat homework sekolah kafa pastu dia buat homework sekolah kebangsaan lak. Dah macam ustaz lak anak bujang aku yang sorang ni.... mudah-mudahan!

Tuesday, June 17, 2008

Taklimat Pencen 58 di sekolah

Tadi dalam pukul 1.30 sampai 2.30 petang aku dah beri taklimat kepada guru dan staf tentang opsyen tersebut seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan 3/2008. Harap semua berjalan dengan lancar dan aku boleh dapatkan semua Lampiran A esok.

Petang ni ambil Irfan

Esok Irfan akan balik ke sekolah selepas dia MC 2 hari. So aku kena ambik dia petang ni.

Sunday, June 15, 2008

Aku masih di JB

Aku kat Dolce, JB. Jap lg nak balik. Irfan demam dan dpt mc 2 hari. Tadi aku ke umah mak. Malam ni adik-beradik aku raikan hari bapa kat umah adik aku, suzairi. Tapi aku tak dpt sama. Cuma kirim hadiah je pada adik aku imah.

Melawat Syam di SSP

Semalam (Sabtu) aku sempat melawat Syam. Aku baru aje ambikkan baju kurung dia untuk bulan 8 dari tailor kat PJ. Warna oren... macam Holland nak jadi champion Euro2008 je! Esok aku nak ke JB balik hari.

Friday, June 13, 2008

Taklimat Opsyen Bersara Pada Umur 58 Tahun

Hari ini taklimat di SMK Seksyen 9, Shah Alam dari pukul 8.30 pagi.

Euro 2008: Am Not Really Into It......Yet?

This year for the first time the tournament was hosted by 2 countries - Austria and Switzerland. Unfortunately until now I've never watch any full game match. I wonder why. Is it because England is not in? But my other favourite teams are there - Netherland, Italy and France! But yet it failed to glued me infront of TV. Anyway Germany lost to Croatia hahaha. Hmmm... I think Netherland has the potential to be a champion! The finalist is between Netherland and Portugal I guess

Austria diselamatkan penalti pada saat-saat akhir permainan

Sempat tengok hujung-hujung game Euro2008, Austria lawan Poland. Masa tu Poland 1 Austria 0, 90 minit habis dah tambah 3 minit. Kurang dari 1 minit nak habis, Austria dapat penalti.

Thursday, June 12, 2008

Hari Guru at Kelab Shah Alam

Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Petaling Perdana akan diadakan pada hari ini di Kelab Shah Alam mulai jam 2.00 petang. Ia akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato Haji Alimudin b. Hj. Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Dinner at Concorde Shah Alam

Wednesday, June 11, 2008

Breakfast@Al-Ehsan BK3 Kinrara: I've finished mine, my son still terkial2

11 Jun 2008 (Wed): While waiting for my roti canai to be served, I was so bored. My son looking so sleepy, so let him with his own world. Then I just played around with my E51 and suddenly the phone detected wi-fi signal. Wow Al-Ehsan pun dah ada free wi-fi service! I logged into my blog and made some posting. For the breakfast, both of us have one roti canai each. I as usual order teh tarik halia and my son with his teh 'o' suam kurang manis.

9 June 2008: My First Day of School in Kinrara

8 Jun 2008: Now my son is with me

I picked him up and went to buy his KAFA school uniform and sneaker in PKNS.

Lama tak tulis blog

Dah agak lama tak tulis blog. Sibuk sikit sejak sekolah dibuka semula. Now my son is with me.

Saturday, June 7, 2008

Kes Harga Minyak Naik: Alternatif Penyelesaian

Semalam masa menonton P.Ramlee The Musical lupa masalah harga minyak naik (yang buat rami orang naik minyak, kecuali orang minyak). Bila baca emel SAJOHA e-Group ada yang beri tips pasal NGV. Tapi bila tengok harganya boleh tahan juga ler....pulak tu kereta aku dua-dua jatuh dalam kategori Sequential Injection System. Ada sesiapa yang boleh rekomen bengkel yang caj tak mahal sangat tapi legal. Types of petrol vehicles to be installed with Sequential Injection System (RM6.5K to RM9K):
  • BMW
  • Chevrolet - Aveo, Lumina, Nabira, Optra, Spark
  • Citroen - C3, Xiantia, XM 2.0, Xsara, ZX 2.0
  • Fiat - Brava 1.8L, Maric, Punto, Tempra
  • Ford - Explorer, Lynx
  • Honda - Accord (EFI), City, Civic, CRV, Jazz, Odyssey, Stream
  • Hyundai - Accent, Coupe, Elantra, Getz, Santa Fe, Sonata, Trajet, Tuscon, XG
  • Jeep - Cherokee
  • Kia - Optima
  • Mazda - Lantis, Premacy, MPV
  • Mercedes Benz
  • Mitsubishi - Airtrek, Galant 2.0, Storm V6
  • Naza - Citra, Ria
  • Nissan - Cefiro V6, Elegrand, Frontier SUV, Grand Livina, Sentra, Serena, Terrano, X-Trial SUV
  • Peugeot
  • Proton - Gen2, Perdana V6, Persona, Putra, Saga(Campro Engine), Satria Neo(Campro), Waja(Campro)
  • Renault - Espace, Kangoo
  • Suzuki - Swift 05, Vitara V6
  • Toyota - Altis, Camry, Celica, Estima, Fortuner, Harrier, Innova, Ipsum, Rav4, Vios, Wish, Yaris
  • Volvo - 244, 240GL, S40, V40
Note: The list of vehicles is not conclusive Estimated Installation Cost: RM6.5K to RM9K (depending on the vehicle model, brand of CNG Conversion kit used, type and size of CNG cylinder used) Estimated Installation Time: 2 to 3 days (excluding Puspakom Inspection)

Types of petrol vehicles to be installed with Mixer System (RM4.5K to RM6K):

  • Ford - Econovan (EFI), Spectron (EFI), Laser TX3 (95)
  • Honda - Prelude
  • Hyundai - Atos, Matrix
  • Isuzu - Trooper 3.2 (Petrol)
  • Mazda - 323, 626, Astima
  • Mitsubishi - Delica, Pajero
  • Nissan - AD Resort, Bluebird
  • Perodua - Kelisa (EFI), Kembara, Kenari, Myvi, Viva
  • Proton - Juara, Savvy, Waja, Wira(EFI)
  • Suzuki - Jimmy, Swift 94, Vitara 1.6
  • Toyota - Avanza, Corolla, Land Cruiser, Premio, SEG, Unser
Note: The list of vehicles is not conclusive Estimated Installation Cost: RM4.5K to RM6K (depending on the vehicle model, brand of CNG Conversion kit used, type and size of CNG cylinder used) Estimated Installation Time: 1 to 2 days (excluding Puspakom Inspection)

P.Ramlee The Musical

Last night I went to watch theater at Istana Budaya. It was really good show. I would like to suggest you all folks to watch it. Worth for your money! Musly Ramlee acted so well and his voice really like P.Ramlee. You will appreciate and proud of the kecanggihan (sophisticated) of our Istana Budaya. "... a joyous occasion that ought to touch even the most hard-hearted and unsentimental of theatre goers..." - The Star "Lebih hebat, menyengat... mata hampir tidak berkelip menontonnya... Telinga pula terpesona mendengarkan dendangan demi dendangan mengasyikkan" - Kosmo "... sememangnya cukup hebat dan fantastik... PRM kali ini sememangnya puas ditonton dan segalanya adalah sempurna" - Utusan Malaysia "... persembahan teater muzikal 'hidup'... cukup menghiburkan melihat gelagat Musly berdendang, beraksi dan berlawak... malam itu Tan Sri P.Ramlee bagai hidup semula..." - Berita Harian. http://www.pramleethemusical.com/pramleeblue/prtm2cast.html

Thursday, June 5, 2008

Harga minyak naik!

Mulai hari ini 5 Jun 2008 (Khamis), harga minyak naik sebanyak 78 sen ke RM2.70 seliter. Mengikut kiraan mudah aku, sebulan kenaikan kos minyak kereta aku ialah RM400. Ini memandangkan secara puratanya aku isi minyak seminggu 2 kali dan setiap kali aku isi ialah RM112. So secara kasarnya kos minyak aku dulu ialah RM112 x 9 = RM1008 dan dengan kenaikan 40% harga minyak ia akan menjadi RM1400! Walaupun dengan cc kereta aku tu aku akan dapat balik RM650 setahun (aku ulang RM650 setahun) tapi yang aku kena bayar ialah RM4800 (aku ulang RM4800). Bezanya ialah RM4150!!!!!! Katalah aku ubah gaya hidup dan dengan semangat yang begitu hebat aku dapat kurangkan sehingga 50% (hebat tu kalau dapat kurangkan sampai 50%), maknanya aku masih lagi membayar lebihan sebanyak RM2400 setahun. Hmmmm.... pun masih jauh tinggi berbanding dengan RM650 yang kerajaan pulangkan. Sebenarnya dengan kadar rebat RM650 setahun yang diberi, hanya mereka yang menggunakan minyak kurang dari RM128.20 sebulan sahaja yang berbaloi. Oleh itu pastikan penggunaan petrol anda dalam sebulan adalah kurang daripada RM128.20!! Semalam malam aku cubalah nak isi minyak tangki penuh. Masa tu tangki minyak aku separuh penuh, akupun congak-congak boleh untung dalam RM22 kalau aku dapat isi sebelum tengah malam. Akupun start kereta .... pergi ke Petronas dekat dengan rumah aku.... alamak! Sampai kat traffic light lagi dah jammed panjang. Masa tu rupa-rupanya merata-rata tempat memang jam akibat berduyun-duyun rakyat Malaysia keluar nak mengisi penuh tangki kenderaan masing-masing. Lepas tu otak aku berfikir lagi kot-kot kalau aku pergi jauh sikit ke tempat yang agak remote mungkin panjang deretan kereta akan kurang sikit. Akupun menghala ke Puncak Jalil... nampaklah Petronas kat sebelah kanan sebelah sana jalan. Dari jauh aku nampak eh memang langkah kanan aku sebab tak berapa banyak kereta. Bila semakin dekat rupa-rupanya deretan kereta yang beratur dalam 2 baris panjangnya adalah kira-kira 1 km! Kalau nak pergi ke tempat yang lebih jauh, silap-silap minyak yang ada kat dalam tangkipun semakin kurang...dapat isinya masih tak tentu.So cancellah niat aku tu...

Wednesday, June 4, 2008

Dah pakai cermin mata hero aku ni sekarang!

Semalam aku pergi ke Bandar Baru Bangi, Menara di Warta untuk menggantikan bingkai cermin mata Syamira yang patah. Tapi kat kedai tu bingkai yang sama model dah habis. Staf tu kemudian telefon cawangan Menara di Seksyen 8 - nasib baik ada. Jadi tak payahlah potong cermin dia untuk masuk ke bingkai baru. Bila Syam dah dapat yang baru, Irfan mulalah mintak bingkai dia yang lama tu. Apa lagi bergaya sakanlah dia dengan bingkai cermin mata tu - tak ada cerminnya pun!!!! Syam kata orang lain pakai cermin mata tapi Irfan pakai mata aje sebab cerminnya tak ada. Gambar kat bawah ni adalah semasa kita orang tengah minum kopi di Giant Kinrara sambil makan pop corn dan keropok lekor sementara menanti hujan lebat berhenti. Syam kata hujan lebat tu turun sebab sebelum tu Irfan menyanyi sewaktu mendengarkan MP3!

Mee Rebus Tulang Johor Bahru

3.6.08 I have to shorten my leave since tomorrow I've to be in school to have a discussion with one of PTA commite member regarding to network the school compound. Before we left JB, we had our lunch at Restoran ZZ-mee rebus tulang. We packs 10 ordinary mee rebus and 3 mee rebus tulang. You can find varities of mee rebus ini JB such as Mee Rebus Haj Wahid, Mee Rebus Lan Janggut and Me Rebus Stulang. Those who are in KL (Ampang, Bukit Bintang) and Shah Alam (Seksyen 7) you may try to taste Johor mee rebus in Linda Onn's restaurant - MMCR (My Mom Chicken Rice) Please read.... ‘Mee rebus’ takes on a new meaning in Johor Baru By DAN GUEN CHIN JOHOR BARU: It wouldn’t be too far-fetched to proclaim this city as the “mee rebus” capital of the nation. http://allmalaysia.info/news/story.asp?file=/2006/9/30/state/15537358&sec=mi_johor

Tuesday, June 3, 2008

Catch the Chicken is not Chicken Feed

Not easy to catch the ayam kampung. The chicken mother fight back to defend the chicks.

Night at Danga Bay, Johor Bahru

We were so hungry. Johor Bahru is a place that you can find mee rebus, otak-otak, tahu bakar, kerang bakar, nanas cicah sambal kicap tabur serbuk asam, pisang goreng cicah sambal kicap, soto ayam, popia basah etc. So we went out to Danga Bay to balun (eating greedily) our dinner. Unfortunately the food court was under rennovation. Alamak! Our stomach empty olredi la. While we were looking for the stall at the other side, my son saw many trisaws line up and suddenly he came out with his brilliant idea - papa, nak naik beca! Die man (matilah aku). After discussed with Syamira we get one beca (trisaw) and cycle around the Danga Bay - we have 45 minutes for RM20. Irfan sitting infront with the camera while me and Syam kayuhing (cycling). Huhu perut lapar kena dera kayuh basikal.... At last after we finished the 45 minutes cycling, we continue our mission looking for our dinner. Another huhuhu.... all finished so we just have bubur nasi and mee bandung.

At Puteri Pan Pacific, JB

We landed at this hotel. Only three of us are here since my eldest is with her mum to attend a wedding invitation. Since everybody were so tired, we cancelled our plan to cross Johor Strait to Singapore.

Monday, June 2, 2008

Breakfast at my mum's house

My mum served breakfast for her grandchildren. Their grandfather are at the back reading newspaper. Nenek tengah melayan cucu2nya nak bersarapan. Kat belakang tu atuk yg tengah khusyuk baca paper.

Jumpa Kawan Lama

Hari Khamis yang lalu aku dengan anak-anak aku gi renew passport kat Imigresen Shah Alam. Masa tengah berurusan di kaunter untuk ambil nombor, tiba-tiba adalah sorang mamat ni tegur aku dari belakang. Akupun Pandang Belakang (walaupun Ahmad Idham kata Jangan Pandang Belakang). Rupa2nya yang tegur aku tu member lama masa aku kerja kat SMK Bukit Changgang pada tahun 1990 dulu - Zali! Gambar atas tu lak Zali tengah posing dengan Mat. Mat ni pun kawan lama aku juga sekitar tahun 1993. Masa tu dia kerja kat PPD Kuala Langat tapi sekarang ni dia dah kat Bukit Changgang dengan Zali.

Balik Kampung!

Inilah keistimewaan kalau langgan 3G internet accessed berbanding dengan Streamyx, kat kampung pun boleh dibawa sama - mobiliti! Kita orang bertiga sampai sini pukul 11.50 malam tadi. Yg ada kat rumah cuma bapak, mak dan Ujang (cucu mak yg pertama). Misah tidur dah sebab dia kerja arini. Ujang lak ada exaw kat politeknik Johor Bahru. Kampung aku ni jaraknya kira2 3 km je dari poli tu. Kita orang singgah dinner kat A&W Restoran Jejantas, Ayer Keroh.