Thursday, April 16, 2009

Liga Juara-Juara: MU dan Arsenal ke Separuh Akhir

MU berjaya menewaskan Porto 1-0 hasil jaringan Ronaldo di gelanggang lawan. Rembatan dari jarak 39.2 meter dengan kelajuan bola 62 km/j itu menerjah cantik ke penjuru kiri pintu gol pada minit ke-6. Dengan kemenangan ini MU berjaya memasuki perlawanan separuh akhir dengan agregat 3-2. Dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung di highbury, Arsenal membelasah Villareal 3-0. Dengan kedua-dua keputusan ini, 3 pasukan dari liga BPL berjaya memasuki perlawanan separuh akhir iaitu bersama-sama Chelsea. Hanya Barcelona yang dari SEPANYOL AKAN BERSAMA MEREKA.

1 comment:

  1. Nampaknya Arsenal terpaksa tewaskan MU untuk mara ke akhir Champions League. Malam perlawanan tu saya cadangkan kita tonton bersama di kedai mamak screen besar. Siapa menang kena belanja... Setuju?

    ReplyDelete