Kedua-dua penyokong Arsenal sedang bermurung
Penyokong Arsenal mengadap cashier
Tengok siapa yang kena bayar, dah tahu apa resultnya.....
Mula-mula aku dgn efy sampai skrin besar tak bukak. Akupun pujuk orang kedai ni mintak pasang untuk game ini. Dia setuju, hmmmm...aku rasa kedai mamak yang satu lagi kat hujung sana akan kehilangan sedikit pelanggan gara2 kat sini ada skrin besar. Tq mamak!
Adik ipar aku, EfySeperti yang dijanjikn aku, Pak Din dan Efy masing-masing memakai jersi pasukan kesukaan masing-masing.
Adik ipar aku dah sampai rumah seawal pukul 10 malam. Dalam pukul 2 kita orang akan bertolak ke As Subuh. Sempat aku telefon Azhari (penyokong Liverpool) dan dia kata cuba tepon dia masa aku on the way nanti ..... Aku rasa Pak Din mungkin tengah tidur sebab nak make sure dia tak terlelap masa game tu nanti......
Ini ialah laman web sebenar maybank2u
Yang ini pulak ialah yang tipu punya tapi nampak macam sama.
Aku masukkan username dan password yang tipu-tipu dan klik LOGIN. Fuhh... macam berjaya aku punya login tu dan dia mintak aku masukkan no TAC.

Akupun masukkan TAC no 123456 dan proceed. Sekali lagi dia tunjukkan yang aku dah berjaya dan dia ucapkan terima kasih.
Bayangkan kalau kita terpedaya dan berikan username, password dan no TAC yang betul - tak ke naya kita!

2 hari lepas aku terima MMS dari adik ipar aku Is yang bertajuk Geng upin & ipin. Ingatkan gambar apa yang dikirim, bila aku buka MMS tu, rupa2nya gambar anak2 adik aku (Wati) iaitu Ikmal, Reza dan Amir.
Selera Putra yang terletak di Presint 1, bersebelahan dengan Masjid Putra sememang terletak di lokasi yang strategik bagi mereka yang ingin melihat pemandangan yang menarik. Pemandangan di sini mungkin telah dirakam mungkin berjuta-juta keping gambar oleh pelbagai jenis masyarakat dari dalam dan luar negara sejak ia mula beroperasi - kalau tak silap aku sekitar tahun 2001.
Aku sebenar dah lama sangat tidak ke sini. Mungkin dah hampir 3 tahun. Sekarang ni kedai-kedai yang ada dulupun rupa-rupanya dah bertukar. Yang dulu ada tapi sekarang ni dah tak ada ialah seperti San Francisco Coffee, Sweet Corn & Cut Fruits dan Teppanyaki & Noodle Corner. Masih ada beberapa kedai yang masih kosong.
Dulu masa aku bertugas di SK Putrajaya 2 dari hujung tahun 1999 hingga 2004, kerap juga aku bawa tetamu sama ada dari dalam mahupun luar negeri menikmati makanan dan pemandangan di sini. Saudara-mara atau kawan-kawan yang datang dari jauh pun boleh ajk beramai-ramai makan kat situ sebab harga makanannya tidaklah terlalu tinggi berbanding dengan kedai-kedai biasa. Namun selepas hampir 4 tahun aku tidak ke situ, hari ini aku terperanjat beruk bila tengok harga makanan dan minumannya. Mee sepinggan RM10.99 dan ABCnya pulak RM8.98! Mak datuk! Tak cukup dengan harganya yang tinggi, kena service charge lagi 10%. Hmmmm...kalau tak silap aku sekitar 400 premis seluruh negara kedai makanan yang dibenarkan mengutip service charge ini. Kedai2 yang dibenarkan ini sememangnya ada ciri2 tertentu yang menyebabkan ia boleh mengutip SC.
Jadi kalau harganya yang tinggi macam tu, dah tak mampulah nak bawa ramai-ramai makan kat situ. Akhirnya hanya pelancong luar negara yang kaya-kaya ajelah yang mampu menikmati makanan dan pemandangan di situ. Kita yang biasa-biasa aje ni mampu juga...tapi mampu menikmati pemandangannya ajelah.
Selera Putra untuk siapa?
Hari ini kita orang sarapan kat food court BK4. Lepas tu terus ke Giant Kinrara beli barang dapur, groceries dan bekalan Syam. Bos aku lama masa aku kerja kat BTP dulu, Dr. Suhaimi Kadir kol kata nak datang rumah aku. Memandangkan dia kata payah nak cari rumah aku dan kebetulan aku nak ke SSP untuk menziarah Syamira, diapun tukar plan jumpa aku kat SSP aje. Jadi sebaik simpan barang2 yg baru dibeli tu kat rumah, terus aku bergerak ke SSP. Syam pesan semalam suruh bawak lunch kalau in case aku ke situ tengahari. Jadi aku bawakan nasi ayam yang dibeli dari food court di Giant.
Susah juga aku nak guide Suhaimi ni untuk sampai ke SSP. Akhirnya sampai juga dia. Lepas berurusan aku pergi jumpa Syam.dTengahari semalam, hari Ahad aku dengan orang rumah sempat pergi menziarahi
Orang rumah aku ni memang suka sangat sate kat gerai ni selain daripada sate Hj. Samuri. Jadi bila lepas Irfan swimming kat Shah Alam kita orang terus cari gerai ni sebab dah perut dah macam nak kebulur sebenarnya. Satenya sedap tapi nasi goreng ikan masin dan nasi goreng kampungnya tak sedap. Agaknya sebab dia org sibuk tengok game FA Cup Kelantan lawan Selangor kot menyebabkan fokusnya hilang.....
Dalam pada dia org nak balik, tetiba aku dengar org menjerit termasuk org umah aku. Lipan rupanya. Aku terus kejar dan bunuhnya.
Mertua aku dengan jiran Indianya (kita org panggil Aci aje) dgn anak dan kawannya datang menziarah rumah kita org malam jap ni. Ni dia org tengah rancak berbual.
Hari ni aku dinner berdua je dgn Irfan. Petang tadi aku ajak azhari ihsan join sekali, tapi dia sibuk sikit.
Irfan tetiba hari ni teringin minum air kelapa la pulak
Ini anak noraini. Memang peramah habis baby ni. Kita org jumpa kat pasar malam bk5 selasa lepas (14.04),
Sejak akhir-akhir ni gigi irfan banyak pulak yang tercabut. Dalam gambar ni ada dua dan satu lagi dia terjatuhkannya kat seat belakang kereta
Kelibat pemain senior seperti Rooney, Ronaldo, Van der Saar, Evra, Giggs, Neville, Carrick dan Scholes tidak kelihatan dalam barisan awal yang diturunkan malam ini.
Antara barisan muda yang diturunkan ialah MacHeda, Fabio, Rafael, Welbeck, Anderson, Gibson dan Foster. Yang aku tertarik nak tengok ialah si kembar Rafael dan Fabio. Dua2 kembar Brazil ni lama dah tak main sebab cedera. Seorang main bek kiri, sorang lagi bek kanan. Dulu MU ada juga kembar iaitu Gary dan Phil Neville. Namun Gary hari ini di bangku simpanan sementara kembarnya menjadi kapten Everton. Apa yang menarik lagi ialah Everton selain kaptennya Phil Neville, ada 2 lagi bekas pemain MU iaitu Tim Howard (goal keeper), Louis Saha (penyerang). Dah tentu mereka bertiga ini mempunyai motivasi yang tersendiri. Hmmm...adakah MacHeda berjaya kali ini menjaringkan gol kemenangan? Tunggu dan lihat.
p/s Pak Din, Efy, Raj dan Abang tengok ke game ini?

Sarapan kat Restoran Lontong Klang, Seksyen 7
Jenahak
Peserta audition Anak WayangPagi ni aku dengan orang rumah hantar Irfan dan kawannya Kimi & Aiman pergi latihan bola kat Stadium Panasonic, Shah Alam. Sementara dia orang berlatih kita berdua pergi sarapan kat Lontong Klang, Seksyen 7. Beli bungkus bawak ke rumah mertua. Bapak mertua aku mancing kat Klang dapat ikan jenahak 3 kilo seekor. Banyak ekor juga yang dia dapat. So orang rumah aku kena masak hari ini ikan dan ketam. Pukul 10 aku dgn Efy ke pasar Seksyen 6 dan lepas aku terus ambil bebudak kat stadium. Nasib baik ada Iffah yang temankan bebduak ni. Lepas lunch, kita orang balik dalam kul 1 lebih. Lepas hantar Kimi dan Aiman, terus balik umah. Orang umah aku bersiap nak ke Melaka. Lepas tu dalam kul 3 lebih, aku hantar orang rumah aku ke E2, Parcel E. Irfan tido sepanjang jalan. LDalam kul 4 lebih, bila orang rumah aku dah bergerak ke Melaka menaiki kereta Jabatan, aku dengan Irfan bertolak ke SSP untuk melawat Syam. Aku dah siap bawak bekalan mingguan dia. Sejak Jumaat lalu dia camping kat Bagan Lalang dan baru je balik arini. Tapi selepas aku tunggu lebih dr setengah jam, dua pengumuman panggilan Syam dibuat dan respon rakan sebiliknya mengatakan dia tak ada maka baliklah aku tanpa dapat jumpa dia.