Bercakap pasal radio, suatu masa dulu saluran Era (103.3 FM) memang sentiasa menjadi stesen default kat kereta aku dan kereta orang rumah aku. Namun semenjak dua menjak kebelakangan ini ia sudah berubah. Mula berubah secara perlahan apabila Fara Fauzana menyertai Hot FM (97.6 FM). Tapi masa tu aku cuma dengar masa Fara berpasangan dengan Faizal Ismail sebelah pagi. Sebelah petangnya aku tukar ke channel Sinar FM (96.7 FM) kerana lagu-lagu oldiesnya yang sangat releven dengan selera aku. Orang rumah aku masih di Era tapi bila petang diapun rupa-rupaya dengar Sinar FM juga. Stesen Era hanya kekadang bila nak dengar topik pagi era. Namun dengan Era yang semakin membosankan dan tambahan pula Kieran yang menjadi penarik utama channel 103.3 telah menjadi ahli keluarga Hot FM sejak awal November lalu, maka aku semakin jauh dengan stesen Era ini. Orang rumah akupun dah beralih dari Era ke HotFM dan akhirnya kita berdua mendengar Hot FM sebelah pagi dan petangnya dan malam pula dengar radio Sinar. Sinar FM ni dah semakin mengancam tambahan lak sekarang Linda Onn dah join ke situ sejak Isnin lepas, 15 Disember 2008.

No comments:
Post a Comment