Aku rasa berita yang diterbitkan di akhbar Berita Harian ini adalah silap. Silap of the year kot? Setahu aku yang menonton di Astro 816 pagi tadi, Barcelona memenangi perlawanan ini dengan 2-1 selepas masa tambahan. Gol kemenangan Barca dijaringkan oleh Messi. Emosi menyelubungi pemain Estudiantes terutamanya kaptennya Juan Sebastian Veron (ingat tak siapa pemain ni) kerana Barcelona menyamakan kedudukan pada minit ke-89 iaitu kira-kira 1 minit lagi untuk menobatkan pasukannya menjuarai pertandingan tersebut.
Estudiantes mendahului pada minit ke-37 melalui jaringan M.Boselli. Kedudukan kekal hingga ke minit 89 dan di saat-saat pemain dan penyokong Estudiates menahan debaran jantung untuk dinobatkan sebagai juara, tiba-tiba P.Rodriguez berjaya menyamakan kedudukan. Ini membawa perlawanan bersambung ke masa tambahan dan Messi berjaya membawa Barcelona mencipta sejarah apabila menjaringkan gol pada minit ke-110.
Estudiantes juara dunia
PENYERANG Barcelona, Zlatan Ibrahimovic (kiri) menguasai bola ketika diasak pemain Estudiantes, Rodrigo Brana pada final Piala Kelab Dunia di Abu Dhabi, malam tadi.
ABU DHABI: Kelab Argentina, Estudiantes de La Plata muncul juara Piala Kelab Dunia apabila menundukkan juara Eropah, Barcelona 1-0 di Stadium Sheikh Zayed, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.
Walaupun dibarisi pemain ternama termasuk Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi, skuad Pep Guardiola ketinggalan seawal minit ke-37 apabila penyerang Estudiantes, Mauro Boselli menanduk cantik untuk gol tunggal buat juara Copa Libertadores itu.
Pasukan Catalan itu, yang mahu melengkapkan 2009 dengan bergaya selepas menang lima piala utama yang mereka sertai - juarai Primera, Liga Juara-Juara dan Copa del Rey serta Piala Eropah dan Piala Super Sepanyol, gagal memanfaatkan banyak peluang terutama pada babak kedua. - Agensi
Sementara itu, dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, kelab Pohang Steelers dari Korea Selatan menewaskan Atlante dari Mexico 4-3 menerusi sepakan penalti selepas keputusan terikat 1-1. - Agensi
No comments:
Post a Comment