Thursday, April 30, 2009

Breakfast 30.04.09

Game Habis.... Teka Siapa yang Menang

Pak Din menerima kad pengenalan meja 256 (kat kedai ni dah computerised)

Kedua-dua penyokong Arsenal sedang bermurung

Penyokong Arsenal mengadap cashier

Tengok siapa yang kena bayar, dah tahu apa resultnya.....

Khusyuk.....

Pak Din, aku dan Efy.

Almunia Bukannya Aluminium

Dalam separuh masa pertama, selain dari dibolosi satu gol sebenarnya terdapat 6 lagi percubaan tepat ke pintu gol Arsenal. Namun di atas ketangkasan penjaga gol Arsenal percubaan tersebut berjaya digagalkannya.

Champions League: Live Score

O'Shea score minit ke-17 untuk MU. Elias dah balik, tinggal aku, efy dan pak din.

Khas Untuk Kita Orang

Mula-mula aku dgn efy sampai skrin besar tak bukak. Akupun pujuk orang kedai ni mintak pasang untuk game ini. Dia setuju, hmmmm...aku rasa kedai mamak yang satu lagi kat hujung sana akan kehilangan sedikit pelanggan gara2 kat sini ada skrin besar. Tq mamak!

Kita Orang Dah Kat Depan Skrin

Pak Din sibuk dengan O2nya

Aku dengan Elias

Adik ipar aku, Efy

Seperti yang dijanjikn aku, Pak Din dan Efy masing-masing memakai jersi pasukan kesukaan masing-masing.

Wednesday, April 29, 2009

Bahang Peperangan Sudah Terasa....

Adik ipar aku dah sampai rumah seawal pukul 10 malam. Dalam pukul 2 kita orang akan bertolak ke As Subuh. Sempat aku telefon Azhari (penyokong Liverpool) dan dia kata cuba tepon dia masa aku on the way nanti ..... Aku rasa Pak Din mungkin tengah tidur sebab nak make sure dia tak terlelap masa game tu nanti......
Mari kita lihat kata-kata dia orang yang aku petik dari ShoutMix aku:
Pak Din: Terlalu teruja nak nengok Arsenal kalahkan MU sehingga tersalah hari. Mungkin Anum tak ikut sebab awal pagi bisnes (kueh-mueh) dah kena buat.
efy: hahahahaha.....yup btl tu....mmg terlalu teruja gak nak tgk Arsenal kalahkan MU nie...Huhuuu...besttttt......
Petikan dari Blog Pak Din:
Champions League: MU vs Arsenal
Aku sengaja pinjam tajuk Minjuk. Perlawanan di Old Trafford jangkanya tak sepanas sokongan di Restoran As-Subuh, Puchung. Persediaan yang telah aku buat;- 1. Balik kerja awal & tidur!! Aku yang sangat-sangat jarang "berjaga" untuk tonton bola. Akan bekerja keras agar tidak "terlena" 2. Singgah ATM - withdraw cash.... kena bawak duit banyak (Minjuk kata nak makan banyak)sebab janjinya penyokong team yang menang kena belanja....... (pastinya Arsenal menang!) 3. Isi dulu borang cuti, takut tak larat nak ke pejabat esok......
Petikan dari Blog Efy:
Janji dikota.... Seperti yang dijanjikan, aku dah pun sampai di umah abg iparku yang terletak di bandar kinrara...Aku tgk abg ipar aku nie mmg semangat sungguh....Dia dah pun pakai baju MU seh....Hish...takut tu.....Huakakkakakaaa.......Per2 pun kita tunggu game pagi nie.......Jaga2 la MU dgn serangan hebat dr ARSENAL.........
Champions League: ARSENAL vs MU Hah....Saat2 dan penanti yang berdebar2 semakin tiba dan hampir...Hahaha...seperti yang aku janji2kan bersama abg ipar aku dan kawan2nya yang mana akan tgk bersama2 dihadapan skrin besar dan tempat dan pun ditetapkan oleh penyokong setia MU iaitu abg ipar ku.....Hahahhaha....Nie petikan dlm blog abg ipar aku yang begitu semangat menunjukkan jalan ker kedai mamak skrin besar tu: Setakat ini lokasi menonton adalah di Restoran As-Subuh, Saujana Puchong. Kalau dari Putrajaya/Bangi/Kajang kena menghala ke LDP. Lepas tol jalan terus dan bila nampak stesen minyak BHP di sebelah kiri (di seberang jalan sebelah kanan ialah Petronas) himpit kiri kerana nak naik flyover untuk buat u-turn. Lepas u-turn jalan terus sampai Petronas dan depan sikit ada apartment (kegunaan student Lim Kok Wing) sebelah kiri yang berwarna pink, biru, hijau lembut. Lepas apartmen ni belok kiri menghaa ke Saujana Puchong/Mutiara Indah/IJM. Jalan terus hingga kat hujung jalan ia akan membelok ke kanan. Jalan terus lagi akan nampak Mutiara Indah di kiri dan ke haapan lagi akan nampak apartmen rumah kedai di kiri. Masuk ke kiri (nampak Supermarket 99) dan terus belok ke kanan. Kat hujung jalan tu ialah Restoran As-Subuh. Kalau ada perubahan venue, akan dimaklumkan. dan satu lagi petikan yang membakar semangat masing2: Jangan lupa pakai baju MU dan Arsenal. p/s: abg ngah, aper2 pun efy akan turun umah abg ngah dulu.....x sabar rasanya utk melihat kekalahan MU di tangan ARSENAL........Hahhahahhaahaaa.......

site survey

Aku kat Restoran As Subuh sekarang ni dinner dgn org umah dan irfan. Dah tanya org kedai sama ada skrin besar idaman pak din naik tak pagi nanti. Dia kata ok! Satu lagi kat sini ada free wifi tapi agak slow....

Berhati-hati Emel dari 'Maybank2u'

Aku dah dua kali terima emel ini. Nampak macam real tapi sebab dah pernah dimaklumkan penipuan seumpama ini, maka aku dah dapat agak. Inilah kandungan emel tu....
Urgent: Account Problem
Message ID #G-5850 Dear Valued Customer,
We are unable to activate your account because we upgraded our online security parameters to make your account and informations more secured from online fraud. For safety reasons, we have suspended access to your account pending your verification and confirmation. Follow below reference to reactivate now.http://www.maybank2u.com.my/
Please be informed that inactive accounts will be closed in less than 10 Minutes for security purposes. We regret any inconvenience caused.
Security Maybank Berhad© 2009
Walau macam manapun aku tetap cuba memasukinya. Inilah hasilnya....
Bila kita klik pada link yang diberikan di atas, sebenarnya kita akan memasuki alamat web yang berikut http://www.displaymay2u-alert.com/M2ULogin.htm. Untuk pengetahuan, ia bukanlah alamat web dari Maybank kerana alamat yang betul ialah https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login

Ini ialah laman web sebenar maybank2u

Yang ini pulak ialah yang tipu punya tapi nampak macam sama.

Aku masukkan username dan password yang tipu-tipu dan klik LOGIN. Fuhh... macam berjaya aku punya login tu dan dia mintak aku masukkan no TAC.

Akupun masukkan TAC no 123456 dan proceed. Sekali lagi dia tunjukkan yang aku dah berjaya dan dia ucapkan terima kasih.

Bayangkan kalau kita terpedaya dan berikan username, password dan no TAC yang betul - tak ke naya kita!

Tuesday, April 28, 2009

Champions League: MU vs Arsenal

Nampaknya Pak Din memang dah tak sabar-sabar nak menyaksikan game ini sampaikan dia fikir malam/pagi ini. Sebenarnya game tu malampagi esok (Khamis) dan game malam/pagi ini ialah di antara Barcelona dengan Chelsea. Setakat ini lokasi menonton adalah di Restoran As-Subuh, Saujana Puchong. Kalau dari Putrajaya/Bangi/Kajang kena menghala ke LDP. Lepas tol jalan terus dan bila nampak stesen minyak BHP di sebelah kiri (di seberang jalan sebelah kanan ialah Petronas) himpit kiri kerana nak naik flyover untuk buat u-turn. Lepas u-turn jalan terus sampai Petronas dan depan sikit ada apartment (kegunaan student Lim Kok Wing) sebelah kiri yang berwarna pink, biru, hijau lembut. Lepas apartmen ni belok kiri menghaa ke Saujana Puchong/Mutiara Indah/IJM. Jalan terus hingga kat hujung jalan ia akan membelok ke kanan. Jalan terus lagi akan nampak Mutiara Indah di kiri dan ke haapan lagi akan nampak apartmen rumah kedai di kiri. Masuk ke kiri (nampak Supermarket 99) dan terus belok ke kanan. Kat hujung jalan tu ialah Restoran As-Subuh. Kalau ada perubahan venue, akan dimaklumkan. Jangan lupa pakai baju MU dan Arsenal. Bagi peminat Liverpool bolehlah pakai baju apa-apa pun. Harap Raj, Abang, Idahap dapat join sama. Elias jangan lupa pakai baju MU (hehe). Efy dan Pak Din, jumpa di sana!!!! p/s Pak Din! Anom pun pakai baju Arsenal ke?

Upin & Ipin: Demamnya Masih Ada....

2 hari lepas aku terima MMS dari adik ipar aku Is yang bertajuk Geng upin & ipin. Ingatkan gambar apa yang dikirim, bila aku buka MMS tu, rupa2nya gambar anak2 adik aku (Wati) iaitu Ikmal, Reza dan Amir.

Selera Putra Untuk Siapa?

Selera Putra yang terletak di Presint 1, bersebelahan dengan Masjid Putra sememang terletak di lokasi yang strategik bagi mereka yang ingin melihat pemandangan yang menarik. Pemandangan di sini mungkin telah dirakam mungkin berjuta-juta keping gambar oleh pelbagai jenis masyarakat dari dalam dan luar negara sejak ia mula beroperasi - kalau tak silap aku sekitar tahun 2001. Aku sebenar dah lama sangat tidak ke sini. Mungkin dah hampir 3 tahun. Sekarang ni kedai-kedai yang ada dulupun rupa-rupanya dah bertukar. Yang dulu ada tapi sekarang ni dah tak ada ialah seperti San Francisco Coffee, Sweet Corn & Cut Fruits dan Teppanyaki & Noodle Corner. Masih ada beberapa kedai yang masih kosong. Dulu masa aku bertugas di SK Putrajaya 2 dari hujung tahun 1999 hingga 2004, kerap juga aku bawa tetamu sama ada dari dalam mahupun luar negeri menikmati makanan dan pemandangan di sini. Saudara-mara atau kawan-kawan yang datang dari jauh pun boleh ajk beramai-ramai makan kat situ sebab harga makanannya tidaklah terlalu tinggi berbanding dengan kedai-kedai biasa. Namun selepas hampir 4 tahun aku tidak ke situ, hari ini aku terperanjat beruk bila tengok harga makanan dan minumannya. Mee sepinggan RM10.99 dan ABCnya pulak RM8.98! Mak datuk! Tak cukup dengan harganya yang tinggi, kena service charge lagi 10%. Hmmmm...kalau tak silap aku sekitar 400 premis seluruh negara kedai makanan yang dibenarkan mengutip service charge ini. Kedai2 yang dibenarkan ini sememangnya ada ciri2 tertentu yang menyebabkan ia boleh mengutip SC. Jadi kalau harganya yang tinggi macam tu, dah tak mampulah nak bawa ramai-ramai makan kat situ. Akhirnya hanya pelancong luar negara yang kaya-kaya ajelah yang mampu menikmati makanan dan pemandangan di situ. Kita yang biasa-biasa aje ni mampu juga...tapi mampu menikmati pemandangannya ajelah. Selera Putra untuk siapa?

Lunch kat Selera Putra

Siapkan Presentation

Aku baru aje habis siapkan bahan untuk presentation esok pagi. Orang rumah aku tolong temankan sambil semakkan exam paper.

Monday, April 27, 2009

26.04.09: Diari Hari Ini

Hari ini kita orang sarapan kat food court BK4. Lepas tu terus ke Giant Kinrara beli barang dapur, groceries dan bekalan Syam. Bos aku lama masa aku kerja kat BTP dulu, Dr. Suhaimi Kadir kol kata nak datang rumah aku. Memandangkan dia kata payah nak cari rumah aku dan kebetulan aku nak ke SSP untuk menziarah Syamira, diapun tukar plan jumpa aku kat SSP aje. Jadi sebaik simpan barang2 yg baru dibeli tu kat rumah, terus aku bergerak ke SSP. Syam pesan semalam suruh bawak lunch kalau in case aku ke situ tengahari. Jadi aku bawakan nasi ayam yang dibeli dari food court di Giant. Susah juga aku nak guide Suhaimi ni untuk sampai ke SSP. Akhirnya sampai juga dia. Lepas berurusan aku pergi jumpa Syam.dTengahari semalam, hari Ahad aku dengan orang rumah sempat pergi menziarahi

Happy Birthday Ira!

Hari ini adalah ulang tahun kelahiran anak sulung aku, Ira Syaqira yang ke-19. dia ni lahir di Taiping, Perak masa aku bertugas di Kuala Kangsar. Istimewa dia ni sebab dia lahir pada 1 Syawal. Aku beraya sorang2 sementara emak dia beraya kat Klinik Maternity Ong. Teringat aku malam tu cuci uri dia sorang2 sebab maklumlah hari raya, kebanyakan orang dah balik kampung.

Makan Sate

Orang rumah aku ni memang suka sangat sate kat gerai ni selain daripada sate Hj. Samuri. Jadi bila lepas Irfan swimming kat Shah Alam kita orang terus cari gerai ni sebab dah perut dah macam nak kebulur sebenarnya. Satenya sedap tapi nasi goreng ikan masin dan nasi goreng kampungnya tak sedap. Agaknya sebab dia org sibuk tengok game FA Cup Kelantan lawan Selangor kot menyebabkan fokusnya hilang.....

Swimming kat Pusat Akuatik Shah Alam

Hari Sabtu merupakan sekolah ganti kat sekolah Irfan. Rupa-rupanya dia dah buat rancangan dengan classmate dia Aliff untuk swimming kat Apartmen Seri Kesturi. Dia orang masing-masing plan tanpa maklumkan pada keluarga masing-masing. Bila tiba-tiba dia kata dia dah pakat dengan Aliff untuk ke apartmen tu pukul 5 petang aku terkejut. Terus aku telefon emak Aliff tanyakan sama ada dia orang dah maklumkan rancangan ini padanya atau tidak. Bila dia kata tak tahu, terus aku tak benarkan. Jadi sebagai ganti Irfan ajak juga pergi swimming. Jadi walaupun aku dalam kesibukan menyiapkan assignment, aku dengan orang rumah aku pakat untuk bawak dia ke Pusat Akuatik Shah Alam aje. Puas jugalah dia mandi kat situ....

Aku Hampir Pengsan

Malam tadi dalam pukul 11 aku rasa macam nak pitam. Tahu kenapa? Semuanya gara2 assignment yang dah siap tiba2 hilang dari komputer. Bertungkus-lumus hujung minggu aku siapkannya tetiba sekelip mata dia ghaib.

Sunday, April 26, 2009

EPL: Baki 5 Perlawanan buat MU

September 2001 dulupun rupa2nya sama kedudukan perlawanan antara kedua2 pasukan iaitu MU ketinggalan 0-2 tapi akhirnya menang 5-2. Dgn keputusan ini MU rampas kedudukan teratas liga dr Liverpool yg dinikmatinya kira2 sejam aje. MU mendahului dgn 3 mata dan kurang beza gol dgn Pool menjadi 2 serta 1 game kurang.
Perlawanan yang masih berbaki ialah dgn:
  1. Middlesbrough (away, 2 Mei 2009)
  2. Manchester City, 
  3. Wigan
  4. Arsenal (home)
  5. Hull City

EPL: MU Tuan Rumah Tottenham

Liverpool dan Chelsea memenangi Perlawanan masing2 sebentar tadi dan ini memberi tekanan kepada MU. Sekarang ni pulak MU tengah ketinggalan 0-1 hasil jaringan Bent. La... 0-2 lak bila Modric score pada minit ke-32. Masa kedua Tevez gantikan Nani. Ronaldo sknr penalti bila Carrick dijatuhkan oleh keeper. Bestnyer Rooney samakan 2-2. Yahoo! Ronaldo tanduk masuk hantaran Ronaldo. Hmm... Pak Din, Abang dan Raj mesti frust punyer. Haha skrg Rooney lak skor lg hasil hantaran Ronaldo 4-2!. Skrg Berbatov pula ambil giliran skor gol kelima jua hasil hantaran Rooney.

Selangor Juara Piala FA

Selangor menewaskan Kelantan 4-1

Friday, April 24, 2009

Karnival Sukan PKPGB

Hari ini aku terlibat menganjur dan menyertai karnival yang melibatkan 3 jenis permainan. Sukaneka dan Bola Tampar akan diadakan pagi ini di Kolej Pendeta Zaaba sementara pertandingan bowling pula akan dilangsungkan di Bangi Superbowl, Warta pada sebelah petang.

Thursday, April 23, 2009

Rumah aku dimasuki lipan

Dalam pada dia org nak balik, tetiba aku dengar org menjerit termasuk org umah aku. Lipan rupanya. Aku terus kejar dan bunuhnya.

Mertua dan Jirannya Datang Bertandang

Mertua aku dengan jiran Indianya (kita org panggil Aci aje) dgn anak dan kawannya datang menziarah rumah kita org malam jap ni. Ni dia org tengah rancak berbual.

Dinner

Last night we had dinner at mamak restaurant BK4. Then I rushed to UKM for Dr. Izham class.

EPL: MU Kembali Teratas

MU berjaya menewaskan Portsmouth 2-0 hasil jaringan Rooney dan Carrick untuk kembali menerajui liga dengan kelebihan 3 mata daripada Liverpool. Sementara itu Chelsea gagal mengutip mata penuh apabila seri 0-0 dengan Everton di Stamford Bridge. Kedua2 penjaga gol Chech dan Howard menunjukkan aksi tangkas menafikan gol. Dengan keputusan ini Chelsea ketinggalan 6 mata berbanding MU.

Wednesday, April 22, 2009

EPL: Liverpool dan Arsenal Seri

Harapan Liverpool untuk memintas MU sebagai pendahulu liga gagal apabila Arsenal berjaya menyekatnya dengan seri 4-4. Apa yang menarik mengenai perlawanan yang berlangsung di Anfield ini ialah apabila Aashavin telah menjaringkan keempat2 gol buat Arsenal. Sudah tentu Pak Din dan Efy kegembiraan sementara Raj dan Abang berduka

Tuesday, April 21, 2009

Sabar ajela.....

Nampaknya Pak Din dan Efy memang terlalu gembira atas kekalahan MU. Kedua2nya membuat posting kat blog masing2 sebagai tanda kegembiraan di atas kegagalan MU untuk merangkul 5 piala semusim. Perhatikan blog Efy ini:
Kecundang utk Piala yang ke 5....
Ha......MU telah tewas semasa berentap dia Everton....So apa dah jd pada MU??? Bagi peminat MU seperti abg ipar ku, sila la bagi komen ada diatas kekalahan MU utk memiliki piala ke 5...... Hahahahhaha.............
dan ini pula petikan dari blog Pak Din: Final FA Cup: Chelsea lwn Everton Tahniah untuk Moyes dan pasukannya yang telah berjaya ke peringkat akhir Piala FA dengan tewaskan MU (walau pun dengan jaringan penati). Hmmm....Pak Din dan Efy siap bagi komen lagi dalam aku punya posting ak yang bertajuk Tendangan Penalti Pak Din said...
MU tidak menang game ni tak pe.... asal dapat turunkan pasukan terkuat semasa lwn Gunners pada semi-final nanti. Namun begitu, lagu ini khas ditujukan kepada Minjuk dan semua penyokong MU: Zainal Abidin, Kita Serupa......
rafi_reenz said... hahahahahaaa.....yup btl tu Pak Din....Hahahahhahahaha sekali lagi.... Pada hemat aku kedua-dua 'musuh' aku ni cuma nak memujuk hati masing2 (agaknya) aje kerana Arsenal juga telah tersingkir dalam Pila FA ni di tangan Chelsea. p/s Sekarang ni aku tengah cari lokasi terbaik utk menyahut cabaran Pak Din dan Efy tengok game MU vs Arsenal dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga Juara-Juara di kedai mamak yang ada skrin besar di kawasan Puchong ni....any suggestion?

Monday, April 20, 2009

Dinner

Hari ni aku dinner berdua je dgn Irfan. Petang tadi aku ajak azhari ihsan join sekali, tapi dia sibuk sikit. Irfan tetiba hari ni teringin minum air kelapa la pulak

Kiutnyer....

Ini anak noraini. Memang peramah habis baby ni. Kita org jumpa kat pasar malam bk5 selasa lepas (14.04),

Gigi Irfan Tercabut Lagi

Sejak akhir-akhir ni gigi irfan banyak pulak yang tercabut. Dalam gambar ni ada dua dan satu lagi dia terjatuhkannya kat seat belakang kereta

masjid putrajaya

Tendangan Penalti

Setelah tamat masa tambahan, kedudukan masih seri tanpa jaring. Sekarang keputusan akan ditentukan dengan tendangan penalti. Penendang regular MU ramai yg tak ada namun mana tau Foster boleh ulang prestasi cemerlangnya menyelamatkan tendangan lawan. Everton tendang dulu: E Cahill - X, M Berbatov - X E Banes - /, M Ferdinand - X E Neville - /, M Vidic - / E ??? - /, M Anderson / E Jaglieka /, M tak perlu So MU kalah 2-4 Huhu...:(

Masih 0-0

Masa permainan dah masuk extra time yang pertama tapi masih seri. Evra, Scholes dan Berbatov dah masuk gantikan, Fabio, Ji Sung dan Macheda namun masih belum ada sebarang jaringan yang MU dapat lakukan.

Sunday, April 19, 2009

FA Cup: MU Turunkan Pemain Muda

Kelibat pemain senior seperti Rooney, Ronaldo, Van der Saar, Evra, Giggs, Neville, Carrick dan Scholes tidak kelihatan dalam barisan awal yang diturunkan malam ini. Antara barisan muda yang diturunkan ialah MacHeda, Fabio, Rafael, Welbeck, Anderson, Gibson dan Foster. Yang aku tertarik nak tengok ialah si kembar Rafael dan Fabio. Dua2 kembar Brazil ni lama dah tak main sebab cedera. Seorang main bek kiri, sorang lagi bek kanan. Dulu MU ada juga kembar iaitu Gary dan Phil Neville. Namun Gary hari ini di bangku simpanan sementara kembarnya menjadi kapten Everton. Apa yang menarik lagi ialah Everton selain kaptennya Phil Neville, ada 2 lagi bekas pemain MU iaitu Tim Howard (goal keeper), Louis Saha (penyerang). Dah tentu mereka bertiga ini mempunyai motivasi yang tersendiri. Hmmm...adakah MacHeda berjaya kali ini menjaringkan gol kemenangan? Tunggu dan lihat. p/s Pak Din, Efy, Raj dan Abang tengok ke game ini?

19.04.09: Diari Hari Ini

Sempat siram pokok sebelum bertolak
Kat Stadium Panasonic, Seksyen 21 Shah Alam
Sarapan kat Restoran Lontong Klang, Seksyen 7

Jenahak

Peserta audition Anak Wayang

Minum slurpee

Pagi ni aku dengan orang rumah hantar Irfan dan kawannya Kimi & Aiman pergi latihan bola kat Stadium Panasonic, Shah Alam. Sementara dia orang berlatih kita berdua pergi sarapan kat Lontong Klang, Seksyen 7. Beli bungkus bawak ke rumah mertua. Bapak mertua aku mancing kat Klang dapat ikan jenahak 3 kilo seekor. Banyak ekor juga yang dia dapat. So orang rumah aku kena masak hari ini ikan dan ketam. Pukul 10 aku dgn Efy ke pasar Seksyen 6 dan lepas aku terus ambil bebudak kat stadium. Nasib baik ada Iffah yang temankan bebduak ni. Lepas lunch, kita orang balik dalam kul 1 lebih. Lepas hantar Kimi dan Aiman, terus balik umah. Orang umah aku bersiap nak ke Melaka. Lepas tu dalam kul 3 lebih, aku hantar orang rumah aku ke E2, Parcel E. Irfan tido sepanjang jalan. LDalam kul 4 lebih, bila orang rumah aku dah bergerak ke Melaka menaiki kereta Jabatan, aku dengan Irfan bertolak ke SSP untuk melawat Syam. Aku dah siap bawak bekalan mingguan dia. Sejak Jumaat lalu dia camping kat Bagan Lalang dan baru je balik arini. Tapi selepas aku tunggu lebih dr setengah jam, dua pengumuman panggilan Syam dibuat dan respon rakan sebiliknya mengatakan dia tak ada maka baliklah aku tanpa dapat jumpa dia.